Monday, November 21, 2011

New atmosphere, next year.

Assalamualaikum. 

Hari ni hari ke 2 aku dekat rumah. 1 lagi semester dah berlalu dekat IPG (ade mak) KSAH? Hehehe... Final exam kali ni, aku tak mengharapkan ape2 la. Sebab aku tak nak keciwa macam sem lepas dah. Aku dah buat habis baik dan apa jua result yang keluar nanti aku terima dengan redha ja.

Baik. Next sem, aku dan tiga orang lagi tidak akan berada di hostel Kota Bukit Pinang dah kerana kami nak duduk rumah sewa yeayyyy!! Ape yang yeayyy nya? Duduk rumah sewa lagi makan duit ada la. Nasib baik la kami jumpa rumah yang agak berdekatan dengan maktab so jalan kaki pon bisa lah. Itu pon kalau aku rajin. Hahaha 

Sesi mengemas barang dekat hostel yang mengambik masa dalam satu hari suntuk memang super duper penat lah wa cakap lu. Mana tak nye, stok barang dua tahun bai selama duduk dekat hostel. Disebabkan awal tahun depan dah nak masuk rumah sewa, so cuti year end ni kena la bawak masuk semua barang ke rumah sewa. Nasib baik tuan rumah iaitu Akakkk Jolss sangat baik hati bagi kami masukkan barang tanpa caj selama sebulan. 

Ko nak tengok tak barang kami banyak mana?

Ini baru separuh barang aku yang baru dikemas, loker dengan rak kasut tak kemas lagi masa ni.


Ini pulak separuh dari barang kami berempat. 

Esoknye kami kena pindahkan semua barang2 ni dari maktab ke rumah sewa. Dengan pertolongan dari kengkawan yang ada kereta, kami berjaya pindahkan semua barang yang maha banyak ni dalam 2 trip la lebih kurang. Oh lupa nak bagi tau, 2 trip dan 3 buah kereta kami guna hari tu. Terkezottt Akakkk Jollssss tengok barang kami banyak gila. 

Selain tu, ktorg ada beli mesin basuh dari senior jugak. Almaklum le pemalas nak gonyoh baju guna tangan, terpaksa le beli sebijik mesin basuh. 

Rasa sedih la jugak nak pindah, rindu dekat bilik E116 nanti. Hostel yang paling best dalam maktab ni ialah Kota Bukit Pinang lah, dan bilik yang paling clean and neat antara semua ialah bilik kami heeee! 

Bilik aku suatu ketika dulu, sekarang dah jadi horror semacam je. Kesian sape2 yang dapat bilik ni tahun depan. Hihi


OK, ini pulak rumah sewa kami, bertemakan warna tema negeri jelapang padi; kuning dan hijau!!!!

Langsir semua cukup

Dapat sebijik meja, ok la tu
Ok itu aje, Bai!

8 comments:

liyana said...

yoyowh betol gmbo last skali tu..hahahah..muke xsabo nak masuk umah.....

Unknown said...

dok luaq dah ko thn dpn?
wuuhuuu~
cam besh jek..
rmh uols katne eh..
ktorg pon igt nk pndah rmh gak..

amy azuha said...

bestnya! rse cam nak duk umah sewa pulak pasni..boleh masak2, boleh bela kucing, nak lepaking rumah korang nanti hehe

Qib said...

wah... jeles nye.. msih x besedia nak kua dr hostel =)

Anonymous said...

Liyana - enthusiastic liyana mmg gitu heee

Pika - rumah weols dkt tmn songket indah...mai la pindah2 dekat2 sini, kalau kami buat kenduri nnt boleh ajak uols rewang hehe

Amy - jom la ramai2..boleh tgk late night muvee hahaha...kalau rasa nk balik lambat dtg je la tido rumah kami..bilik tetamu disediakan =)

Qib - tak bersedia jugak tp nak wat cane, kena la cuba sesuai kan diri huhu

safwanmahzin said...

nanti leh makan tgah hari kat rumah korang..=D

PikaPiko said...

wehhh,, nape aku da skali dgn umah baru ??? hahaha

Anonymous said...

Safwan - hehehe tak malu ke hah??

Pika - ko kan "ahli" rumah tu jgak..haha siap tnye harge boleh murah lagi ke tak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...