Tuesday, November 8, 2011

Games kesukaan zaman kanak2

Assalamualaikum!

Hari ini aku nak cerita sikit pasal game kegemaran aku selama berabad2. Semua ni sebab Amy Azuha dah buat entri pasal game ni dekat blog dia so aku pon nak jugak buat (ini semua jealous punya pasal sebab sims Amy sangat kayaaaaa!!!) ;P

The game i'm talking about is none other than.................





Bagi yang taktau, game ni dah ada dekat FB. Kalau ko suka main menatang ni tapi tak tau lagi kewujudannya di fb ko memang teruk ahhhh. 


Kalau masa darjah 4 dulu kan, main the sims 1 memang kemaruk tak ingatlah habaq hang. Sebab boleh guna cheat untuk *ka-ching!!* unlimited moolah. Cheat dia lebih kurang macam ni lah Rosebud!;!;!;!;!;!;!;!;!;! <--- ulang menatang ni banyak2 kali so nanti duit bertambah juta2 lah sayaaa sukaaaaaaaa!! 

Lepas dah kaya tak hengat, belilah macam2. Ko petik je apa, semua aku ada (dengan riaknya). Rumah 4 tingkat, besar bukan main sampai tak larat nak masuk setiap bilik yang ada, siap ada teleporter lagi sebab malas nak jalan kaki dalam rumah yang maha besar. 

Part yang paling best sekali selain dari duit melimpah ruah dan ko boleh decorate rumah ikut suka hati ko serta anjurkan party liar setiap malam, ko boleh bekeluarga (ahahahah!) Masa kecik2 kan suka main kawin2, ada baby. So game ni paling best la untuk capai matlamat ada suami dan anak tu. Masa baru2 dapat baby, memang suka lah. Tapi bila dah lama2, baby tu asyik merenget je aku pon dah naik polak, aku biarkan terlantar atas lantai macam gitu je. Kejam gile kan. Kalau dibiarkan baby tu nangis dan tak diberi makan lama2 nanti orang rumah kebajikan masyarakat datang la kutip baby tu. 

Tengoklah aku, kecik2 dah ada parenting sense. Tapi hangat2 taik ayam je lah. Hehe.

Masa awal2 je comel. Dah besar tak comel dah

So, game childhood terbaik yang pernah aku main ialah The Sims lah.



Berbeza pulak dengan The Sims Social kat FB ni. Walaupun interaction antara sims dengan sims (tak boleh buat anak hehe) or sims dengan barang2 sekitar dia agak limited, dan tak boleh main cheat Rosebud!;!;!;!;!;!;!;!;!;! =P, tapi aku tetap suka sebab the sims social ni ada task2 yang perlu dibuat. So tak de la bosan macam Farmville, Cityville, dan yang seantero dengannya.


Duit takde, tapi hati senang...

Kemas katil pon dapat duit, the sims social ni memang tak kedekut bagi duit

Nak kene "walaupun" ke haaa??

Ini BF lama i. Disebabkan lama tak jenguk dia, dia jadi dingin sikit dgn i. Sebab tu i kasi bunga dia taknak. Chitt

Saya nk kumpul social points sebab nk beli katil yang berharga 2500 social points ni. 

Last but not least, dengan main game ni, saya boleh polish bakat bermain keyboard saya walau pun realitinya hanya angan semata2 T_T~

Itu je lah nak cerita. Actually ada banyak lagi games fav aku taim kecik2 dulu.  Macam...

Game Sailormoon adventure 


Game Mickey Mouse buat breakfast, lunch & dinner

Game Barbie punye project runway

Game Donald Duck jalan2 cari pasal


dan yang paling best ialah...

Metal Slug

Terbaekkkkk~

2 comments:

amy azuha said...

LOL takde lah kayoss sgt..part yg dia duk "walaupun" tue lawak tul haha..tpi yg unbest pasai game nie energy dia cpat tul abess..ades

azimah said...

jalan-jalan cari barang baru utk sims 3 terjumpa blog awak...wah, kita ada minat yang sama. Seperti yang awak cakap,sims kat fb tak leh cheat, so tak layan sangat..hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...