Wednesday, August 24, 2011

My fourth SBE @ PBS @ ROS



Baik lah. Hari ni PBS dah masuk hari ke-3. Setakat ni, ini sekolah nombor 3 paling bosan sepanjang PBS aku. Hahaha... Bukan sekolah ni yang bosan tapi aku la yang bosan. Tak tau nak buat apa. Nampak sangat tak reti bawak diri kan. 

Sekolah PBS aku kali ni special sikit. Sebab majoriti kelas di sini ialah kelas Pendidikan Khas. Dekat area K.Kangsar ni, sekolah ni la yang paling besor cawangan pendidikan khasnya. Seronok kalau dapat lepak dengan budak2 pendidikan khas ni. Ragamnye macam2. Teringat pulak dekat Fahmi, Luqman dengan Ah Cun masa buat PBS dekat Bentong sem lepas. 

Dekat sekolah ni saja, ada 9 kelas PK. Lepas tu ada pulak pra sekolah PK. Yang ada dekat sini cuma untuk masalah pembelajaran dan pendengaran je. 

Disebabkan dah takde mende nak dibuat. So, aku dengan Ani pergi la meronda kawasan sekolah dan snap la  beberapa pics sekitar sekolah. Sekolah ni luas la jugak, tapi bangunannye banyak yang setingkat. So, senang la nak bergerak. Tak perlu peluh2 ketiak panjat tangga hehehe...




1st day ada assembly. Cantik view time ni sebab matahari direct memancor. 

Kali ni buat PBS dengan Ani. Dia opsyen Pendidikan Khas. 

Ni bilik pra sekolah pendidikan khas. 


Ni Apek. Comel budaknye. Tapi Ah Cun comel lagi lah. Hehehe...
Ni je la gambar2 yang sempat di snap buat masa ni. Esok dah Khamis lusa dah Jumaat. Yahooo! Tak sabo nak habiskan PBS yang terakhir ni. Sem depan kita praktikum pulak. TIDAKKKKKK...... Akottttt....... 

Eh, did I forget to mention this school's name? SK Datin Khadijah namanye. Kemasukan terhad kepada murid perempuan sahaja kecuali untuk murid pendidikan khas. Sekian terima kasih. 

5 comments:

Anonymous said...

Comel la si Apek. Gatal x? Hahaha

Anonymous said...

gatal la jugak.suka sangat peluk kawan dia..haha

Asfan Ash said...

pendidikan khas :)

Fatin Aliyya said...

weewit :).smart.selmt berSBE

Anonymous said...

thanks yaya. esok habis dah! hoooo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...