Wednesday, August 24, 2011

Baju raya warna kuning.

Assalamualaikum.

Hampa semua dah ready ka nak raya? Lagi (cari calender dan kira berapa hari) 6 hari tau nak raya. Hehee lupa nak tanya, puasa penuh tak? Aku? Mestilah tak. Hahaha...

Baju raya pulak? Dah beli ke? Berapa pasang semua? Aku? Sepasang je. Baju raya aku tak pernah lebih dari 2 pasang. Tak macam orang lain 5 6 pasang baju raya. Aku malas sebenarnya nak cari baju raya. Sebab nak cari size aku bukan senang. Nak tempah, lambat pulak. Nak jahit sendiri tak reti. Tu la..Hari tu time cuti mak suruh pergi kelas menjahit takmau...

So, tahun ni baju raya kaler kuning mustard. First time baju raya aku kaler kuning. Tah pasai apa taun ni aku semakin suka kaler mustard ni. Sebab nampak ceria kan. Orang pakai baju polkadot, aku pon pakai la. Tapi tak setaksub Akma Liyana yang beli kain pasang polkadot sampai 5 jenis. 

Tapi rasanya baju raya ni terpaksa dirasmi sebelum raya kot. Sebab esok aku kena pakai baju ni pergi sekolah. Aku pergi sekolah naik motor. Baju lain yang aku bawak kain sume bukaannye kecik, camne nak mengangkangkan kaki seluas alam nanti. Huuuuuu cian baju raya ku dah kena pakai sebelum raya.... 




Haa kasut raya pulak aku beli kat JJ Seberang Prai hari tu. Memang sesuailah buat pergi beraye sebab kasut ni selesa gila. Harga pulak RM49. Ada less, sebab tu beli wakaka. Brand? Ada aku kisah brand ape? Tak kuasa aku nak berabis duit beli kasut2 yang mahal tapi tak selesa. Dulu ye la. Sekarang citarasa semakin matang kan. Yooohhhh matang la sangattt!! Oh btw, forget about da price tag.... Hahaha... OK takde kena mengena. 

Ok lah. Nak menaip pasal PBS pulak. Chiao!


2 comments:

Fatin Aliyya said...

lawalah baju tue mun.:).wedges pun santek.selamat beraya.:)

Rogayah Suparman said...

hee thanks =))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...