Saturday, August 20, 2011

Entri stress yang tak berapa nak stress

Assalamualaikum!

Hari ni 1st day aku dekat rumah setelah berbulan2 tak balik. OK tipu. Orang lain semua balik kampung hari Khamis lepas. Tapi aku terpaksa balik hari Jumaat dan aku terpaksa burn tiket Transnasional RM12.60 ke K.Kangsar aku. Nak tau sebab ape? 

Ade korang kisah? Tapi aku nk cerita jugak. Tak kira huh! 

Sebab.... Aku terpaksa mengedit balik semula majalah IPG KSAH yang aku, Wan, Yana dan Ekin buat tanpa henti sejak 2 minggu lepas. Ceritanya macam ni. Majalah tu ekceli dah siap dah segala-galanya dan hanya tunggu nak pergi hantar print dekat Fastprint je. Cadangnya nak hantar hari Khamis kelmarin so nanti boleh siap awal la dalam bulan 10 untuk launching majalah tu. 

Flashback pada petang Khamis itu....

Aku dan Ekin dah siap2 lock design majalah tu dalam coreldraw. Kerjanya memang rumit. Kalau nak cerita dari awal proses memang tak tercerita la. Dah la kami ni takde pengalaman LANGSUNG jadi sedang redaksi, penyunting, grafik majalah and segala maknenek tu. Tiba2 je volunteer kononnye nak cari pengalaman la. OK back tu de stori. Petang Khamis tu before nak hantar design gi Fastprint, Editor majalah iaitu Vicky nak buat last check la. So, Ekin bukak la design yang dah siap tu dekat laptop dia yang tak berapa nak banyak RAM nye. Lepas tu kena edit sikit la then time nak save tu laptop dia Not Responding bapak punye lamaaaaaaaaaaaaaa. Untuk mengelakkan aku terlepas bas aku pukul 7pm hari tu, kami pon buat keputusan bawak je laptop yang tengah terbukak tu atas motor. Ahhh gamble je lah nak buat cam mana kan. Masa atas jalan tu, tiba2 pokok hujan pon mai....Turun la rintik2 hujan. So Ekin pon tutup la laptop dia takut kena hujan pulak nanti. 

Sampai je dekat Fastprint, bukak2 je design tu, semua hilang. YES, SEMUA HILANG!! Yang paling sucksnya aku terlupa nak buat lagi satu copy. So memang salah aku lah. Otak aku jammed tiba2. Tak tau nak pikir apa. Kalau nak balik buat memang tak boleh la sebab separuh lagi kerja ada dalam hardisk Yana yang dah balik Penang. Nak tak nak kena call Yana suruh dia balik Sg. Petani balik. Kesian gila dekat dia. Vicky si editor pon dah cuak dah, takut orang kedai tak boleh nak siap awal dari tarikh yang dah ditetapkan. So, dia terpaksa kautim la dengan taukeh Fastprint tu. Aku rasa serba salah la dengan Yana, Vicky dan Ekin. Sampai meleleh ayaq mata aku sebab stress tak tau pasai apa. Selama buat assignment kat maktab pon aku tak pernah sestress tu. 

Jadi, aku ambik keputusan untuk tak balik la hari tu. Nak balik pon tak sempat dah, barang apa pon tak packing lagi. Kalau rushing2 memang tak jadi benda la. So, hari Khamis tu aku stay maktab dengan Yana je lah. Buat majalah tu sampai pukul 2 pagi. Esoknya bangun buat lagi sampai siap. Aku buat sorang je sebab Yana pon dah balik. Alhamdullillah la takde masalah pape. Dalam pukul 3 petang semua kerja dah siap. Lepas tu aku mintak tolong Rusydan suruh dia ikut Vicky pergi hantar design tu hari esoknya iaitu hari Sabtu. Tak dapat la aku nak stay sampai hari Sabtu beb. Stress aku nanti sebab tak dapat jumpa Oiyo si Kucing Gemok. Hari Jumaat tu aku terpaksa berbuka puasa seorang diri. Then malam tu abang aku pon sampai nak ambik aku balik rumah. Aku yang kelaparan ni pon ajak la diorang singgah mekdogol pukul 12 malam. Kitorang pon mentekedarah mekdogol la tengah2 malam tu. Sungguh tak sihat. 

Jadi, pagi ni Rusydan dan Vicky pon pergi la hantar design majalah tu kat Fastprint. Aku harap takde masalah  lah. Aku dah surrender dah ni. Tak larat aku nak balik Sg. Petani dah. Ni pon baru habis ngecat pintu dapur. Nasib baik tak puasa hari ni huahuahua...

Benda yang kitorang paling takut sekali ialah majalah tu akan diedarkan ke semua 27 IPG seluruh malaysia dan Pengarah IPG aku memang particular bab2 macam ni. Dia nak semua perfect dan ianya sangat menakutkan. Ye lah, 1st timer kan. Aku berdoa je Allah permudahkan segala urusan tu. Biar semuanya berjalan lancar sampai la time launching nanti. Pengalaman pertama buat majalah ini memang superbly sukar. Satu mende pon taktau dan aku terpaksa skip beberapa kuliah (terpaksa ke???) sebab nak siapkan majalah ni. But, at least ianya pengalaman kan dan yang pastinya hasil kerja kitorang akan diedar kan ke seluruh Malaysia yahoo! But depends la kalau orang bagi feedback positive (aku suka), kalau sebaliknya (aku redha je la dan aku akan belajar dari semua tu). Sekian trimas.

OK la, tu je. Nak sambung ngecat balik. Kepada yang sanggup baca entri ni sampai habis, aku sayang korang. Nah flying kiss. Muahx! 


3 comments:

PikaPiko said...

gler stress la korg..
btw..
tahniah usaha yg dilakukan..
smoga berjaya :)

liyana said...

heharap menjadi la itu majalah.. dah habes berbakti dah kat majalah bakti tu..ahhahah...kalau tak di hargai, xtau la..wuuu...takpe kite terime jek stiap komennn

Anonymous said...

@Pikapiko - thanks. tunggulah kemunculan BAKTI 2011 bulan 10 nnt..hahaha

@Liyana - betull2..tak sabo nk tgk sample mags tu..hiii2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...