Monday, January 23, 2012

Resipi: Puding Roti Savory dengan Seafood

Hahaha nama bercampor2 english & malay. Hari ni rasa cam nak bukak kelas masak2 online pulak. Resipi kita hari ni ialah Puding Roti Savory dengan Seafood Wah2 Sedapnye. Ekceli abang aku Zaid yang nak try buat. Dia kata die reka resipi ni sebelum tidor. Hahahah orang nak tidor bace doa nih boleh pikir resipi nak masak ape lak. 

Aku pulak? Assistant Chef la. Tolong potong2 apa yang patut. Kalau resipi tu jadi, kira tu jadi resipi aku lah. Kalau tak jadi, aku tak nak campur tangan hahahahakk. Turn out, memang jadi dan sedap pulak tu, so aku jadikan ni resipi aku dan akan ku share kan kat blog nih lalalalala~


Pudding Roti Savory dengan Seafood 
by Chef Fatty

Hidangan untuk 6 hingga 7 orang tak termasuk yang kuat makan.


Bahan-bahan

7 keping roti buku
3 biji telur
1 tin susu sejat
20 ketul fish ball atau prawn ball atau seantero dengannya (potong dadu)
10 keping crab stick (potong dadu)
1 tin plain tuna
3 batang cili padi dan 3 batang cili hijau (dihiris halus)
1 1/2 kiub ikan bilis
1 biji tomato (dihiris nipis)
Keju mozarella
Garam






Cara membuat
  1. Campurkan setin susu sejat dan 3 biji telur, pukul bahan2 ni.
  2. Koyak2kan roti dan campurkan sekali dengan bahan tadi. Gaulkannya.
  3. Masukkan pula fish ball dan crab stick yang telah dipotong dadu dan gaulkan.Kalau nak bubuh udang ke isi ketam ke lagi best lah.
  4. Masukkan cili potong dan kiub ikan bilis. 
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Setelah digaul sebati, sediakan bekas atau periuk.
  7. Tuangkan separuh dari campuran roti tadi ke dalam periuk. Ratakan. 
  8. Secara lapisan, tuangkan pula tuna dan ratakan pada lapisan pertama. 
  9. Tabur keju mozarella dan lapiskan dengan hirisan tomato.
  10. Tuangkan campuran roti untuk lapisan kedua.
  11. Ulang langkah 7, 8 dan 9.
  12. Setelah habis campuran dituang, untuk topping, hiaskan dengan tomato dan keju mozarella. 
  13. Panaskan oven 50 darjah celsius. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 1 jam 30 minit.
  14. Nak tau dah masak or belum try la cucuk dengan lidi, kalau keluarkan lidi tu licin je kira dah masak lettewwwww.




Itadakimasu!


Friday, January 20, 2012

Thank God, for everything =)

Assalamualaikum. 

Akhirnye sampai jugak gua kat rumah yang serba indah nih. Rindu sangat dengan semuanya termasuk la kucing kesayangan gua Oreo, Oiyo, Royo, Froyo, Rio dan Yoyo (semuanya adalah seekor kucing yang sama). Nak dijadikan cerita, bertambah rindu nak jumpa Yoyo sebab dia dah selamat melahirkan 4 ekor cucu aku walaupun aku takde pertalian darah dengan dia. 

Yang aku eksaited ni sebab ni kali pertama Oiyo timang anak, before ni dia andartu dan tak laku. Sampai la satu masa tu, musim mengawan, 3 ekor kucing jantan kenduri dia terus. Astagfirullah... aku cuma mampu menutup mata je tanda protes =,=

Aku tak tau dari mana datangnya warna2 ni. Oren, oren itam putih dan kelabu. Sebab bapak2nya takde pon kaler ni, maknye pon tak. 
Akhirnye tercapai jugak impian aku nak tengok Royo timang anak sebab kesian tengok dia sensorang je takde geng kat rumah. Bila ada anak nih takde la dia boring je kan...


***

Benda kedua yang buat aku eksaited nak balik jugak sebab hadiah Fantastic Pieces Giveaway aku tuhhhhh. Actually, benda ni sepatutnya aku post dari bulan lepas dah sebab aku menang giveaway tu bulan lepas. Tapi aku saje nak tunggu sampai dapat hadiah baru aku buat entri pasal ke-lucky-an aku nih kekekeke. 

Tahun lepas masa bulan Disember aku join FP Giveaway nih dengan menyimpan sikit harapan la kalau-kalau aku boleh menang ke kan. Hadiahnya aku boleh pilih mana2 baju yang still available kat kedainya yang bernilai 35 hengget!! Sape tak nak weiiiii. Aku pon bukannya selalu join benda2 cenggini, so sajalah nak try luck. 

Sampailah waktu FP nak umumkan pemenang yang diorang randomly pick baru la aku teringat pasal aku join benda tu. Dalam ramai2 yang join tu aku kiranya peserta nombor 5 lah. Ada la dalam seratus lebih orang kot yang join tak silap aku. Esoknya, bila aku check balik blog FP, satu kejutan buat aku. Alhamdullilah nombor aku naik woooooo. Who knows kan? Ngeeeee 

Dalam entri yang aku buat pasal FP Giveaway tu aku ada mention aku nak pilih dress nih kalau aku menang. So, memang aku pilih dress ni sebab ianya sweet cangatttttt <3 <3





Dan dah dapat dah pon dress tersebut yayyyyyy! Thank you Fantastic Pieces i really appreciate it =D Jangan lupa visit blogshop nih sebab dress2 diorang memang lawa2 dan murah kalau nak banding dengan sesetengah blogshop cekik darah tapi kualiti sama je. Hehehe


***

Dan last sekali, result Muet dah keluar. Dan tak sangka dapat band 4. Sebab aku target paling tinggi pon band 3. Syukur alhamdullilah sekali lagi even student IPG tak diwajibkan ambik Muet (membazir RM60 akuhh!!) tapi tak pe lah untuk kepuasan diri sendiri juga atleast aku tau aku dah boleh melancong ke korea lalalaalalala~~ ok takde kene mengene k bai!


Sunday, January 15, 2012

Masak memasak di rumah sewa

Assalamualaikum!

Masuk harini dah dekat 2 minggu kitorang check in rumah sewa. First time neh duduk kat rumah sewa sebab dah boring duduk asrama. Dah la yuran asrama mahal. Baik duduk luar, boleh masak sendiri, tengok TV, basuh kain free je (even hujung bulan nanti kena bayo bil air & eletrik). Setakat 12 hari duduk kat rumah sewa yang serba indah ni memang happy aku rasa. Cuaca pon tak berapa nak panas sekarang. Dah la baru dapat TV pulak tu, memang terbaikkk argghhhhh. Tuan rumah pulak baik betul orangnye, sangat caring dan "mesra" gitewwww. Sampai tak terlayan ktorg mendengar celoteh dia hahahahakk.

Nak pergi kelas pulak boleh jalan kaki je. Tak jauh pon tapi kalau balik kelas tengah2 hari tu memang berpeluh ketiak gak la. So, hari khamis yang lepas kami buat majlis doa selamat & bacaan yassin sikit sempena nak bukak rumah baru ni kan. Kitorg berempat pon jemputlah satu kelas kami datang. Menu malam tu kitorang masak soto daging dan bihun goreng tomyam. 

Lepas tu, classmate gua kak yana pulak sponsored cake & ayam KFC untuk celeb b'day bfnyew cokie ceso. Dah la gua memang mengidam kek SR. Terbaik giloooo! 

Dapur


Ruang tamu


Bergedilzz 

Bihun goreng tomyam











So, hari ni pulak kitorg makan nasik lemak dan roti jala cicah kari sardin untuk sarapan, lunch dan dinner. Rolling2 je la sebab elaun tak masuk lagi T_____T


Kari tak snap la pulak. Almaklumlah kari yang semalam punya dah tinggal kuah je, rolling makan sampai hari ni.



Fuuuhhhhh!! Errrrkkkk alhamdullillah....

^^

Friday, January 6, 2012

Family Trip

Assalamualaikum.

Sajalah nak share gambar2 masa aku dan famili pergi jejalan kat Melaka hujung tahun lepas a.k.a 3 4 hari yang lepas. Ni kira first time la pergi melaka. But before this pernah pergi la cuma tak pergi jalan2 pon. So, Melaka is hottttt. Panas terik betul kat situ sebab tepi pantai kan. 

Yang pastinya gambar aku tak banyak ah, sebab aku je yang memegang title jurugambo tak bertauliah. T_T






























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...