Thursday, December 29, 2011

Tanda-tanda gangguan syaiton ketika tidoq

Assalamualaikum.


Dalam banyak2 mimpi kan, aku suka mimpi bila aku boleh terbang atau melayang. Sebab aku boleh pergi ke mana2 tempat yang aku suka (masa dalam mimpi tu lah). Tapi, rupa2nya baru aku tahu yang sebenarnya kalau kita mimpi kita terbang atau terawang di udara maknanya ada gangguan syaitan. 

Yang aku tahu tu sebab aku terjumpa dalam iklan rawatan terapi Al-Quran Darul Hikmah kat paper Kosmo. Dia tulislah tanda2 gangguan syaiton ketika jaga & tidur. Aku rasa tertarik nak kongsikan pasal tanda2 gangguan syaiton ketika tidur yang ditulis dalam iklan tu. 

  1. Sukar tidur di waktu malam
  2. Sering terkejut/seperti disentak sesuatu ketika tidur terutamanya waktu hampir terlelap mata
  3. Sering mimpi terjatuh dari tempat tinggi
  4. Sering mimpi binatang seperti ular
  5. Sering mimpi ditindih sesuatu
  6. Sering mimpi orang yang sudah meninggal dunia
  7. Sering mimpi bayi/kanak-kanak kecil
  8. Sering mimpi menyusu bayi
  9. Sering mimpi masuk ke tempat kotor / najis
  10. Sering mimpi masuk ke tempat yang sunyi seperti rumah kosong
  11. Sering mimpi lemas dalam air
  12. Sering mimpi buang air besar dalam makanan /  periuk
  13. Sering mimpi terbang di udara / di awangan
  14. Sering mimpi  dikejar hantu
  15. Sering mengigau ketika tidur
  16. Sering mimpi diugut oleh seseorang
  17. Disergah seseorang ketika tidur
  18. Nampak bayangan lembaga ketika tidur
  19. Mengasah gigi ketika tidur
  20. Terdapat kesan-kesan lebam selepas bangun dari tidur


Dalam 20 jenis gangguan ni, yang aku pernah / selalu alami ialah
  • Sering mimpi terjatuh dari tempat tinggi
    • memang akan tersentak dan dada dupdap2 la lepas kena ni
  • Sering terkejut/seperti disentak sesuatu ketika tidur terutamanya waktu hampir terlelap mata
  • Sering mimpi orang yang sudah meninggal dunia
    • arwah Wancik aku
  • Sering mimpi terbang di udara / di awangan
  • Sering mengigau ketika tidur
    • aku tak sedar bila aku mengigau, tapi roomate aku lah selalu dengar aku ngigau kekekeke

Alhamdullilah la dalam banyak2 tu aku tak pernah kena tindih masa tidur, tapi adik aku selalu kena. Dulu kan, masa kecik2 selalu kalau balik rumah tok wan aku, bila tidur je kat rumah dia mesti akan alami bad dream yang sama je. Masa dalam mimpi tu situasinya aku dekat stesen keretapi K.L yang dulu punya tu. Lepas tu, mesti mimpi hantu2 yang sama je. Tapi sekarang tak dah, sebab jarang tidur kalau balik kampung, tok wan dan tok dah takde huhu.

Dari pembacaan aku lah, mimpi tu terbahagi kepada 3;
  1. Mimpi yang baik, iaitu khabar gembira yang datang dari Allah.
  2. Mimpi yang menyedihkan, iaitu mimpi yang datang dari syaitan; dan
  3. Mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri.

Wallahualam...




Jadi, sebelum tidor tu...


  • Baca Al-Fatihah 3kali. Sesudah dibaca hembus ke hadapan dan ke kanan serta ke kiri.(Boleh dipraktikkan untuk
  • Paling kurang pun 1 kali Al-kursi. Sebaik-baiknya Al-kursi dibaca 3x atau 7x sebelum tidur.
  • Baca lah doa tidur dan Selawat serta Mengucap Kalimah Syahadah sebelum tidur kerana dibimbangi ketika tidur roh kita tidak dapat kembali ke jasad kita..(meninggal dunia).
  • Ambil Wudu' @ air sembahyang kerana Iblis dan Syaitan tidak berani mendekati orang yang ada air sembahyang.
  • Baca 3x Surah Al-Ikhlas. Baca Surah Al-Falaq 1x dan Baca Surah An-nas 1x.


Monday, December 26, 2011

Mee Udang Kuala Sepetang

Assalamualaikum.

Semalam aku pergi la melawat Muzium Perak dekat Taiping. Aku tak ingatlah last time aku pergi masa aku darjah 6 kot. Time tu rasa tempat tu besar sangat, tapi bila pergi semalam rasa macam aikkk beso ni je ke muzium ni?

No gajah?










Okay la...



Lepas tu, pergi pulak Kuale Sepetang atau Port Weld yang femes dengan mee udangnya. Perghhh bertahun dah aku tak pekene mee udang. Feveret tu udang. Dah sampai situ, nampak dari jauh kereta berderet parking tepi2 jalan macam ado kenduri pulak. Tengok2 orang ramai2 tu pi pekena mee udang Mak Jah. Alaa yang masuk JJCM tu. Ramainye macam kenduri broooo sampai ada yang berdiri tak dapat duduk tuuuuu! Lalu pulak depan mee udang Pak Hashim, sama gak ramai, benti lah kononnye nak pergi makan jugak lah, tiba2 ada sorang pakcik ni jerit cakap "Habis2!!" dengan muka kecewa sebab tak dapat makan mee udang hahaha kesian...

Then, kami teruskan lagi journey lalu la depan mee udang Mak Teh pulak, terbaekk. Full house jugak hampeh betul. Kami pon kecewa lah nak cari makan kat tempat lain. Tiba2 makcik aku nampak satu gerai mee udang ni dah bukak tapi takde orang, kami pon singgah lah. As the 1st costumer pada ketika itu rasa cam ralat gak ah sedap ke tak gerai ni sebab lain sangat dari 3 gerai yang sebelumnye tu. So whatever lah, lapo punya pasal kita bedal jeeee. 

Last2 aku order nasik goreng udang sebab lapo sangat makan mee tak kenyang jap gi. Sampai2 nasik goreng, haa udang keliling pinggan. Terbaeekkkkk dudeee. Nasik goreng & mee udang dia pon sedap so boleh tahan lah even tak ramai orang datang. Sampailah separuh jalan kami makan, tiba2 mai la family2 lain datang. Makin lama makin ramai pulak yang singgah. Hahah rasa macam bawak tuah pulak kat kedai tu. Padahal yang datang2 tu semua dari arah kedai Mak Jah, Pak Hashim dan Mak Teh yang kecewa sebab tak dapat makan kat sana hahaha. Tapi not bad lah memang sedap mee udang dia, tak tahu la kalau nak di comparekan dengan Mak Jah yang masuk JJCM tu lagi sedap ke kan tu kena try lah nanti.

Gambar ehsan Google, gua tak sempat snap la. Lapo gilakk baiii..
aadeesss  mula lah terliur balik nih

Semangkuk mee atau nasik goreng ada choice nak RM8 or RM12. Kami order yang RM8 punye je lah takot tak terlarat nak mentekedarah udang aje nanti. Yang set RM8 tu ade 7 ekor udang laut besor punya. Ko bayangkan, sepinggan nasik dia caj seekor udang RM1. Abah dan Pakcu aku siap buat kira2 lagi untung kedai mee udang tu semalam berapa hahaha tapi siyess bro memang untunglah, RM2k semalam tu memang dalam tangan lah.

Aku bantai dekat 20 ekor udang tu semalam. Mana taknye, hat abah aku, aku sental. Adik aku tak makan udang, aku gak sental. Terbaikkk2 (sambil telan air liur)

Ok tu je la nak cite. Tak sedor panjang gila pulak aku taip. Kalau jawab esei exam tak mau pulak tulis panjang2 macam ni. K lah bai!! 


Friday, December 16, 2011

Ketahui sekacak manakah anda.

Tadi aku selak2 la 9gag lepas tu it leads me to this website; anaface.com 

Anaface ni kejenya menganalisis muka kita sama ada muka kita lawa ke tak lawa. Hahaha. Sounds interesting kan. Caranya senang je. Upload gambar yang lebih kurang macam gambar passport then pandai2lah ko membaca arahan berikutnye. 

Contoh result dia macam ginilah, aku try kat muka aku. Adakah lawo? burok? hudoh? horror?



huhuhu malu la pulak.....








And the result....





Ah-hah! Not bad la pulak. 8.44 out of 10. Lawa la jugak tu nak dibandingkan dengan crazy frog atau dr. bombay. Jangan jeles, score i ni lebih kurang dengan score megan fox wahahaha!! #riak seketika


Hahaha jarak .14 je tau. Jangan main2 =E




Sekarang meh aku comparekan muka2 male celeb yang aku minat pulak. Kite tengok sapa lagi kacak wohohoho!!


1. Korean Idol

Dennis Oh vs. Choi Si-won

Dennis : 8.05

Si Won : 8.14
Ok Si Won won!! Even aku rasa Dennis lagi kacak tapi tak pe lah. Dennis dah tua, aku tak minat sangat dah kekekeke



2. Japanese Idol

Takashi Sorimachi vs. Takeshi Kaneshiro

Sorimachi : 8.14

Kaneshiro : 7.91

Sudah pastilah cikgu kesayangan aku Onizuka sensei lagi kacak <3 <3



3. Hollywood Idol

Johnny Depp (dulu) vs. Johnny Depp (sekarang)

dulu : 9.21

sekarang : 8.39
9.21? Terbaik kot. Tapi, ketara la pulak perbezaannya. Maknanya depp yang dulu lagi kacak la ye, tua2 ni dah kerepot pulak. Tapi takpe, ada aku kisah??? Dia tetap kacak selamanyaaaaaaa



4. Cartoon character 


Alahai kesian... 0.93 dari 10 je Mario dapat. Semuanya wide2 belaka kakakaka.. Tapi, seburuk2 Mario, ada yang lagi buruk dari dia......





Ini dianya...






Forever Alone guy =D


So ingatlah, jangan kata diri anda buruk. Sebab, seburuk2 anda, ada lagi yang lebih buruk dari anda (jangan nak 'anda' sangat lah) contohnye Mario dan Forever Alone guy ni hehehehe...Ok itu aje, selamat mencuba!

Wednesday, December 7, 2011

Fell in love~

Apakah ini semua?? Apakah apakah??? Kenapa lawa sangat semua ini?? Aku tak boleh tahan air liur bila melihatnya. Argghhhh !! Aku jatuh cinta dengan ini semuaaaaa....








Kenapalah aku boleh terbukak website ni?  Tak pasal2 mengigit jari T_T wuuuuuuu. Dress, blouse, blazer ini semua memang definitely suits my taste. Aku memang nak cari yang sebigini rupa. Sesungguhnya aku memang suka plain clothing. Tak reti nak pakai yang corak2 bagai. Rasa macam semak hurmm ntah lah.

Monday, December 5, 2011

Fantastic Pieces Giveaway

Di sini ada berita baik untuk peminat2 blogshop atau online shopper sebab Fantastic Pieces akan buat giveaway untuk sesiapa yang bertuah saja lah. Aku dapat tau berita ni dari salah sorang blogger yang aku follow tadi a.k.a senior aku jugak lah. Saja lah nak try my luck yang tak seberapa ni heee.

So, Fantastic Pieces ni adalah sebuah blogshop yang menjual dress, blouse, cardigan untuk gegerls saja. Ini pon first time aku bukak blog ni. Almaklum le, dah tau ada giveaway, sape yang tak mau kan? hehehe Btw, aku sangat tertarik dengan dresses dan blouses dalam blog ni, cantik2 dan harga die reasonable. 

Sesiapa yang bertuah tu dapat pilih mana2 dress atau cardigan atau blouse yang still available bernilai RM35!! Kalau la aku jadi random winner tu kan, aku dah siap pick dress yang aku suka hihihik =P So takde la kalut2 nak cari nanti kan? Hahaha saiko gile. 

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal giveaway ni, boleh la singgah ke Fantastic Piece nih. Tarikh tutupnya 25th Dec 2011. Banyak masa lagi kalau nak take part jugak. 

Aww sweetkan? 
or

RM36 (kene tambah RM1 la nanti?) 

Tolong jangan saiko sangat boleh? Dah la tak tentu lagi dapat, dah siap pilih dua sekali. Pilih pulak yang lebih seringgit. Tak malu ke hahhh??? Tapikan, kalau tak menang pon, aku rasa aku nak beli lah cardigan yang RM36 tu. Cantik kottt!!

Friday, December 2, 2011

Running Man

Dah jadi macam satu keperluan pulak. Setiap hari mesti kene layan variety show dari Korea ni; Running Man


Semua ni pengaruh dari die hard fan Korea iaitu classmates aku sendiri. Aku pon memang suka Korea, tapi tak tahulah kewujudan cerita ni sampai la kawan aku si Akma Liyana ambik cite ni dari episode 1-57 dari classmate aku. Start dari tu, memang takde benda lain dah, mesti cakap pasal Running Man (RM). 

Mula2 Yana yang ngajo aku tengok cerita ni, last2 aku sorang je yang jadi peminat separuh mati sampai sanggup download episode 59-70 even internet lembab (sekarang ni tayang kat SBS ep. 71 kot?) Kalau dulu, aku rasa nama2 orang korea ialah nama yang paling susah nak ingat, tapi sekarang ramai jugak artis korea yang aku dah kenal. Dan yang paling tak tahan sekali, dulu aku rasa muka perempuan korea semua sama je sebab dorang buat plastic surgery, tapi sekarang aku dah boleh bezakan semua tu. Satu pencapaian cemerlang aku rasa =P

RM ni ekceli satu game show main kejar2. So, best sangat ke cite ni? 


Nak tau best ke tak best tengok lah gambar kat atas ni. Ni masa shooting RM dekat Hong Kong untuk episode 72 dua hari lepas. Kalau tak best tak kan seramai ini peminat HK datang berkumpul semata2 nak tengok celeb2 Korea main kejar2. Betapa kuatnye penangan RM ni kan...

Bila aku dengar lagu I Swear (All 4 One) mesti teringat Big Nose Hyung.
Bila dengar lagu Saint Agnes and the Burning Train (Sting) mesti teringat Gwang Soo.
Bila dengar lagu Pretty Boy (M2M) mesti teringat Joong Ki.
Bila tengok je perkataan Sparta mesti ingat Jong Kook. 
Dan banyak lagi lah!

Satu je yang best bila tengok cerita korea ni, dorang ni kan, macam tau je apa yang penonton suka tengok. Artis2 dorang, semua comel2 kacak2 (tak kisah lah plastic surgery ke tak). Dressup dorang yang macam anime tu memang sesuai dengan diorang je. Kalau bagi orang melayu ke, orang indon ke buat stail macam dorang, dah jadi like.. geli jerrr (bagi aku lah). Lagu2 diorang, banyak yang best2 dari yang mellow sampai la yang head banging.

Huhu dah tersasar dari cerita sebenar pulak. Kalau rasa bosan ke, ini lah pengubat paling mujarab bagi aku, tak keluar peluh, tak keluar duit cuma buang masa je sebab ko takkan berhenti lepas tengok satu episod je, mesti kena sambung lagi hehehe. Gerenti pecah perut wa cakap sama lu.

Disebabkan aku dah terlampau terpengaruh dengan ape2 saja yang berkaitan dengan korea, tiba2 aku simpan angan2 nak bercuti dekat sana. Wow, pergi pulak taim winter, boleh pakai trench coat, boots dan snow cap teheeee~~ K lah, itu je nak yang nak direpekkan. Babai!!

*pic cr to the owner*
From left; Jae Suk holding hands with Sunflower Big Nose Hyung - Flower Joong Ki on Gwang Soo's back - Cute Blank Ji Hyo - Kim Jong Kook and the two kids HaHa & Gary. Soooo cuteeeeee~!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...