Thursday, September 30, 2010

El Triángulo Amoroso

Walaupun sekarang ni sudah bukan zaman demam televonela Latin macam Rosalinda ayamo...ayamo! tapi tak pe lah. Sape suruh cerita the Orphanage tu bahasa Spanish, kan aku dah terikut-ikut. Uno dos tres cuatro, I know you want mayh! You know I want chah!


El Triángulo Amoroso <3 <3

El Triángulo Amoroso atau maksud lainnya Cinta Tiga Segi atau The Love Triangle atau Sankaku Kankei dan yang sewaktu dengannya bermaksud hubungan romantik yang melibatkan tiga individu(?). Aku ada sebuah cerita nak kongsi tentang cinta tiga segi ni. Bukan melibatkan celeb-celeb atau orang-orang persendirian, tapi melibatkan weng-weng (kucing) aku.

Tak kisah la pasal maknanya tu. Masalahnya sekarang bukan aku yang terlibat dengan kisah cinta ni, tapi kenapa aku sibuk-sibuk nak cerita??? Argghhh kenapa aku emo ni??? Takde lah, aku sebenarnya dah tak sanggup melihat kemungkaran di depan mata tiap-tiap hari. Tak sanggup aku tengok mereka bermesra-mesraan dan meraba-rabaan depan aku. Jadi, aku nak cerita la kat sini untuk meluahkan ketidakpuasan aku yang terpendam ni memandang weng-weng tu tak paham apa aku cakap. 


Ceritanya bermula begini........


Blackie ialah seekor kucing jantan berwarna hitam pekat yang sangat hawwwt eventho we can barely see his balls and make us think he is a girl. Beliau sangat mysterious bukan kerana personality-nya tapi disebabkan beliau hitam.





Maru pula ialah seekor kucing betina yang boleh diconsider sebagai GRO yang suka "menjual aset" di merata-rata. Bukan itu saja, Maru juga kuat berceloteh dan membangkitkan kemarahan semua orang dengan kencing kat atas badan orang yang sedang tidur. Kesian orang tu...




Kentoi adalah pelakon tambahan dalam telenovela ni. Beliau adalah seekor kucing jantan bertompok hitam putih yang dah besar tapi masih kurang pandai menjilat bulu dan tiap kali dia jilat bulu, bulu dia akan jadi disaster. Kurang dapat susu ibu mungkin. Kurang bercakap dan suka menyendiri.







Pwincess Oiyo adalah anak kucing hyper yang kuat makan dan kuat kencing atas beg-beg leather yang mahal saja. Beliau tak de kena mengena dengan telenovela ni. Saje nak masukkan jugak. Hehe.


Maru sangat sukakan Blackie. Cinta pandang pertama katanya. Apa yang dia "nampak" pada Blackie pon tak tahu lah. Walaupun Maru GRO, tapi Blackie tetap cinta hatinya buat selama-lamanya.

Maru suka betul menyendeng dekat Blackie. Terjilat-jilat tengkuk Blackie, terbaring-baring atas Blackie, ternyaw-nyaw kat Blackie. Blackie tak kisah pon. (Aku yang kisah! Euww pelishlah...Menyampah mak tengok ;-\)

Blackie nampak tuff dan cool. Dia buat macam takde benda yang jadi sekeliling dia. Walau se-despo-mana-pon Maru kat dia, Blackie tetap cool. Dia melayan je Maru tu. Biasalah, GRO kan.

Di suatu sudut yang lain pula....

Kentoi yang pendiam menaruh hati pada Maru. Mungkin dia fikir jodoh bagi yang pasif adalah yang aktif. Jadi, Maru adalah yang terbaik untuk dirinya memandangkan dia belum pernah berjumpa kucing betina se"aktif" Maru. 
Kentoi hanya bersabar melihat karenah Maru dan Blackie yang sentiasa berkepit di mana-mana saja. Dia hanya menahan penumbuk gebunya untuk sampai ke muka Blackie kerana dia tahu Blackie tidak menghargai Maru sebagaimana dia menghargai Maru. 

Di suatu Sudut Nyonya yang lain lagi.....

Walaupun zahir Blackie kelihatan begitu cool dan macho, tapi batinnya tersiksa kerana dalam hatinya ada taman. Taman apa? Haa itu yang kita tak tahu.

Disebalik wajah kusam dan hitam Blackie, sebenarnya dia menyimpan perasaan suka pada Kentoi (Ten ten ten ten!!!!) Dia cuba mengontrol perasaannya yang membuak-buak pada Kentoi. Dia sedar, nafsunya songsang. Dia tak boleh dedahkan perkara ni pada weng-weng lain terutamanya pada Wan Nazrul & Wan Berani kerana jika mana-mana antara gangster kampung ni tahu, Blackie akan jadi bahan lawak sehingga 7 keturunan.

Blackie pasrah. Dia tahu yang dia tak patut meneruskan niatnya untuk menyukai Kentoi dan menjadikan Kentoi surirumahnya. Berdosa besar. Disebabkan itu, dia terpaksa melayan Maru yang gatal itu. Dia berharap agar perasaannya terhadap Kentoi akan hilang suatu hari nanti. 

Blackie perlu pergi jauh. Dia tidak dapat bertentang mata dengan Kentoi lagi. Jadi, dia berpindah ke Blok H iaitu blok dihadapan Blok E yang sedang dia diami. Blackie pun pergi membawa hati yang lara. 

Dua hari selepas itu, ibu-ibu angkat Blackie iaitu Yaya dan Rogayah (penulis sendiri) ternampak Blackie sedang cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkat satu blok H. Mereka pon berlari-lari sambil melaung-laung nama Blackie dalam hujan untuk menyelamatkan dia. Blackie yang sedang sedih dan pilu terus terpandang mereka dan tiba-tiba dalam benak hatinya berkata-kata, "Oh ibu...kau disiram bayu pagi..." Dia terus berhenti dari melompat dan mengundurkan dirinya. Ibu-ibunya terus merangkul Blackie dan membawa dia pulang ke Blok E. 

Sesungguhnya hanya ibu-ibunya yang paling memahami perasaan Blackie. Disebabkan itu, Blackie tidak sanggup untuk menggadaikan nyawanya selain dari memikirkan perbuatan itu adalah sangat berdosa. Blackie tidak mahu ibu-ibunya sedih atas pemergiannya. 

Blackie bertaubat. Dia menjadi lebih matang dan nafsu songsangnya terhadap Kentoi makin hari makin pudar. Dia gembira dengan hidupnya sekarang bersama-sama dengan ibu-ibunya di Blok E. !Q@q2q2q2q2q2q2q2q2q2q2q2q2q2q2  <--- Blackie tekan keyboard ni sebab dia nak sambung sendiri cerita ini. Tapi dia tak sedar yang dia tak pernah menghadiri mana-mana kelas menaip.


~~TAMMAT~~

Plot keseluruhan cerita ini. Sila klik untuk resolusi besar.



Tuesday, September 21, 2010

Mengapa begitu taksub?


Aku ada sorang kawan. Nama dia Safwan Mahzin Al-Besari. OK, kenapa setiap entri mesti nak bubuh nama dia ni? Hot sangat ke dia ni? ;-\ Dia ni kan, boleh di katakan kipas-susah-mati game-game online Fesbuk terutamanya Farmville. Tahap ketaksuban dia tu lebih kurang macam bila aku jumpa kucing yang bulunya macam bulu kucing jenama makanan kucing, Whiskas.

Al-Besari ni kan, suka bukak farm orang lain, pastu dia tend semua stable, nursery, coop dan barn orang tu, then dia adopt/claim binatang-binatang atau mistery egg guna account dia. Tak semenggah betul perangai. Mangsa dia adalah saya dan adik-adiknya lah yang dia tahu password fesbuk. 

Tapi, saya tak kisah la. Game je pon. Betul tak Al-Besari? 

Hahaha gambar ni sewaktu ketika dulu masa saya taksub main Treasure Isle. Punya la taknak tinggal game tu sampai siap print screen guna Snipping Tool so takde la lupa. XD

Sunday, September 19, 2010

The gloomy side of Broga Hill


Sebelum ni aku tak pernah tengok gambar-gambar di Broga pada waktu mendung cos its always sunny in Broga (keh keh keh). Semalam aku rasa sendiri macam mana pengalaman meredah hutan & turun bukit masa hujan. Seriously menakutkan, penat, sejuk, sampai ketaq-ketaq lutut aku turun bukit tu. Dengan air hujan yang mencurah-curah membasahi seluruh tubuh serta beg kamera aku. Aiseh men, tak saspek pon akan hujan hari tu.  


Posing dekat signboard Bukit Broga dengan muka eksaited sebelum naik. Siap bawak hot milo McD naik atas sebab tak sempat nak beli air mineral. Sebabkan milo tu lah aku sebu-sebu perut masa kat atas. Boikot McD sekarang jugak.


Tambah sikit Fade effect supaya nampak cam dalam filem.


Just make it work work, make it work.


Posing ala-ala tangkap dengan fish-eye. 


Walaweyh hujan sudaaaa....Lenjun2....


Dahaga weh aku tengok teh tarik ni. Serius.


Happy gila muka. Padahal dah pancit macam ke hape dah. 


Penat mak wuuuu....


OK, di kesempatan ini saya nak mengucapkan ribuan trimas kepada penyeponsor trip ini, Kak Yu dan Abg Min. 


Juga trimas kepada cik sayecukehati kerana tak lupa nak menginvite saya sekali ke Broga. Trimaceh!!



Disebabkan cuaca tak berapa baik, tak banyak gambar yang dapat di rakam. So sad but its OK. Next time insyaallah pergi lagi. Kita pergi ramai-ramai ok?

Tuesday, September 14, 2010

Rindu Tinky




Masih belum berjumpa pengganti kamu. =|

Tuesday, September 7, 2010

Good Morning and Selamat Hari-hari!

Pagi ni lepas sahur wa tak tido tuuu...Satu pencapaian yang baik!

Dekat sini (rumah WanChor) ada sekor kucing parsi. Nama dia Tony. Marc Anthony nama penuhnya. Tapi Anthony Bourdain pon OK gak. Tony Jaa pon boleh jalan gak.

Si Tony ni masyaallah gemuk debab gila. Dah la penyek. Macam tak percaya umur dia baru 5-6 bulan. Kuat makan dan playful nak mampos.

Disebabkan dia ni tak berhenti-henti main dan tak pernah duduk diam, jadi gambar yang wa tangkap pon jadi blur. Hangen je. -_-'





Ngeee tengok tu, kalau badan diam, ekor pulak tak diam.

Sunday, September 5, 2010

Kudos buat cikgu Fatimah!

Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu!!

OK. Semua sila simpan buku teks bawah meja dan tongkat dagu, agak-agak macam nak terlentok sila cepat-cepat cover. Hari ni cikgu Fatty nak bercerita sikit. Bukan bercerita tentang sikit, tapi bercerita sikit.

Cikgu dekat Cheras sekarang ni. Baru balik dari Batu Pahat semalam.

Ali: Cikgu buat ape kat Cheras n B.P cikgu???

Cikgu buat PBS dekat B.P. Nama sekolah dirahsiakan. Cheras umah makcik cikgu. Cikgu nak bershopping dekat KL ujung minggu ni. Jeles tak Ali?

Abu: Jadi jadi jadi, seronok tak cikgu?? Adakah tak seronok seperti yang digambarkan dalam entri cikgu yang terdahulu?

Wah...power ayat awak ni Abu, cikgu bangga. OK. Meh cikgu cerita pasal PBS cikgu yang terbaru ni. Dengar ya (dalam nada Safwan Mahzin Al-Besari).......

Hari Pertama
       Sampai sekolah dalam pukul 7.15pagi cikgu terus pergi assembly. Assembly hari tu lama jugak ar. Sampai ada budak yang terceri-beri sebab tak tahan sangat lama beno kena diri. Makan sahur pedas sangat agaknya. Bukan aje budak yang tak tahan, cikgu pon rasa ketor lutut sebab dah lama tak berdiri lama segitu. Tapi cikgu cover je. Maintain juga even dah berfeluh-feluh cayaq mekap.

        Sambutan cikgu-cikgu dekat sekolah tu baik beno. Ramah-ramah mesra gitu yaw. Cikgunya tak ramai pon, dalam 20 lebih je kot. Iye ke? Ntah la cikgu Fatty pon tak ingat. Sesungguhnya sekolah tu adalah sekolah yang muridnya tak berapa nak ramai. Bukan kurang murid ye. Setiap tahun ada 1 kelas sahaja. Jadi, semua sekali ada 6 kelas. Haaa senang nak ngajo gitu.

        Bangunan nye pula ada 1 saja dan 2 tingkat. Fuhhh lagi senang kerja cikgu, tak de la berfeluh-feluh panjat tangga.

Ah Pek: Cikgu cikgu kenapa cikgu malas sangat???? 

Amboi-amboi kamu ni, suka-suka je kata cikgu malas. Cikgu bukannya malas, cikgu tak rarat. Puasa kan. Kamu tak puasa mana kamu tahu.


Hari Ketiga
Ahmad: Nape tiba-tiba hari ketiga cikgu? Mana hari kedua???

Sebab hari kedua tu cuti la Mat. Merdeka. Kamu tak sedar ke? Dah teruk dah kamu ni. Ish ish ish....

        Hari ketiga tu cikgu masuk kelas tahun 4. Cikgu ajar budak-budak buat aktiviti mencorak. Hasilnya sungguh memberansangkan. Cikgu bangga. Cikgu ajar diorang main chess jugak tau. Biasalah cikgu kan ahli kelab chess. Perlulah turunkan ilmu kepada orang lain.

         Oh btw hari tu cikgu dapat kad raya tau. Ada la budak tahun 2 bagi. Alololo comey sangat. Cikgu dah nampak dia dengan kawan dia intai-intai dari tingkap bilik guru, pastu sengih-sengih masuk dalam terus jumpa cikgu. Dia tanya "Assalamualaikum cikgu, Puan Fatimah yang mana satu?" Dalam hati cikgu berkata-kata, Puan Fatimah? Ada cikgu dekat sini nama Puan Fatimah ke? Tapi kenapa dia tanya? Dia tak kenal ke Puan Fatimah yang mana satu? Erkkk ohh rupa-rupanya Puan Fatimah tu cikgu Fatty la. "Haa sayalah." Cikgu jawab setelah sekian lama budak tu menunggu. "Sape bagi ni?" Cikgu tanya. "Saye lah." jawabnya. "Ohh ok-ok. Terima kasih. =)" kata cikgu. Budak yang bernama Juliana tu pon beredar dengan senyuman. Aiceh. Hihi. 

Isi kadnya begini....
        "Assalamualaikum cikgu Fatimah. Selamat berkenalan. Saya Nurul Juliana binti Azri. Saya pelajar murid tahun Dua Mulia." (OK. Sedikit pembetulan, jika dah gunakan pelajar, tak perlu la tambah murid.)
        "Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, tolong balas." (Inilah ayat cliche bagi budak-budak sekolah rendah bila kasi surat dekat sape-sape. Cikgu pon macam itu juga dolu-dolu ^_^)

        Cikgu sungguh terharu. 1st sebab cikgu dapat kad raya dari budak yang selama ni cikgu tak pernah dapat. 2nd sebab ayat dia memang bagus. Tatabahasa ok. Penggunaan huruf besar pon bagus. Cikgu masa darjah dua kena masuk kelas pemulihan sebab lembab sangat. T_T


Hari Keempat
         Cikgu pakai baju ceklat haritu. Cikgu masuk kelas tahun 3 buat aktiviti menggambar. Tajuknya "Keluarga Saya" Tapi kebanyakan budak-budak lukis rumah instead of keluarga dia. Mungkin arahan cikgu tak betul. Tapi tak pe. Semua diterima. Semua cantik-cantik.


Hari Kelima
        Hari tu cikgu pakai baju hitam pulak. Setiap hari Jumaat sekolah tersebut akan adakan bacaan Yassin. Tapi hari tu pihak sekolah jalankan Majlis Khatam Al-Quran untuk bebudak tahun 6. 

        Disebabkan hari tu hari terakhir cikgu berPBS, semua kerja disetelkan pada hari tu. Tangkap gambar dengan Guru Besar segala. Oh btw, guru besarnya sangat sempoi. Cikgu suka. Sebelum kami berangkat pulang, dia siap tunggu dan lambai kat kami sampai la kami keluar pagar. Huuu cikgu terharu untuk kali kedua.


______________________________|||||________________________________



Kesimpulannya, PBS kali ni sangat best. Unexpected. Tak macam yang cikgu bayangkan sebelum pergi ke sekolah tu. Jika diberi peluang kedua buat PBS di situ, memang cikgu akan terima. =D

Itu saja. Terima kasih. Cikgu out dulu!

Alhamdullilah dan terima kasih cikgu!!


Hari pertama cikgu Fatty pakai baju hijau. Cikgu sukalah papan hitam, olskool gitu.


Hari kedua cikgu pakai baju kaler biru dan bername tag.


Cikgu tengah ajar budak-budak buat corak tak terancang. Arifnya muka cikgu. ;-]


Ni yang cikgu punya. Macam lembu terbang tak? Cakap ye cepat.



Ini yang tengah dijemur. Belum ditambah rupa.
Katak dalam kolam serta berudu yang berenang-renang.


 Aladdin yang baik dan Jin yang jahat. Cikgu tanya tuan punya karya kat mana Aladdinnya. Dia kata Aladdin dah kena makan dengan Jin. Oh patut la tajuknya begitu.


Dua ekor ikan kap. Cikgu buatkan satu, satu lagi tuan punya karya buat. Cikgu rasa dia buat lagi cantik dari cikgu punya.  =\


Happy Crab. Seekor ketam dari sudut pandangan depan. Say cheeeesee


Twin Butterfly. Yang ni belum siap lagi. Yang dah siap lagi cantik.




Bahagianya muka cikgu tengok kamu semua main catur. Cikgu bukan reti pon sebenarnya. 



 Inilah rakan-rakan se-onar-an cikgu. Muka nak suci je. Wawawawa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...