Wednesday, April 11, 2012

Gempa bumi 8.9 skala ritcher di Acheh.

Alkisahnya dalam pukul 4.30 petang tadi aku dah empat orang lagi tengah sibuk2 nak order makan dekat shopping mall Central Square, Sg. Petani. Masa tengah belek2 menu tiba2 rasa gegar. Mula2 buat rilek je la ingatkan ada orang gegarkan pangkin yang kami tengah duduk tu. Lepas tu aku tengok atap kayu kat kedai makan tu pon duk gegar sama. Aku bangun terus dan tengok kat sekeliling orang dah ramai turun2 escalator nak pergi larikan diri. 

Aku pon apa lagi ajak la kawan2 selamatkan diri. Ketar gila kot masa nak turun keluar dari CS tu. Dah macam dalam muvee pulak rasa. Orang ramai semua dok kerumun pinti EXIT. Nasib baik la keadaan terkawal masa tu. 

Alhamdullilah gegaran tu sekejap je dan tak kuat sangat. Kami semua keluar dari bangunan dan tunggu sekejap kat luar CS. Lepas tu kami chaloh la takut pape jadi ke kan. Nauzubillah. 

Rupa2nya dengar berita satu Malaysia rasa gegaran. Lagi2 dekat area utara Perak, Kedah, Penang, Perlis, Pahang, Selangor & K.L. Gempa bumi 8.9 skala ritcher dan Tsunami melanda Banda Acheh. 

Kali kedua dalam pukul 6 lebih kami masuk CS balik sebab nak pergi Popular habiskan baucar buku. Tengah dok sedap2 pilih barang tiba2 gegaran kali kedua. Tapi kali ni tak sekuat kali pertama tadi la. Aku cadang nak bayar dulu la barang yang aku ambik tapi malangnya pekerja kedai tu dah cabot lari dulu. Hampeh sungguh.
Dan ini yang terbaru jugak la...


Sama2lah kita doakan keselamatan rakyat Acheh. Amaran Tsunami dah keluar. Moga semuanya baik-baik sahaja. Amin. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...