Thursday, April 29, 2010

This is justttt GREAT!!

Lepas dua-dua handphone aku rosak.

Sekarang giliran laptop aku pula nak rosak jugak.

Timing memang best ar wa cakap sama lu.
Pppfffttttttt!~

Friday, April 23, 2010

I'll be missing you, Eric.

Dear Eric,

You're my 1st <3...
You don't have to remind me when, where, or how we met cos I'll never forget that special moment...
Everywhere I go, I never forget to bring you along...
Cos you're the coolest among others...

You're stylish than Liv Goodie...
You're down-to-earth than Norkiah...
You're alluring than Mashimoto...
You're dazzling than Samsudin...

But the most important is you're the rarest...

...sambungan dalam bahasa Melayu...

Tapi kini, kau sudah tiada...
Lagu-lagu Top Chart yang kau dendangkan padaku tidak pernah hilang dari pendengaranku...
Gambar2 kita bersama tidakkan ku delete...
Game2 JAVA yang ku install pada kau masih ku rindui...

Walaupun kau bukanlah yang ter-up-to-date buat masa ni, tapi aku tetap sayangkan dikauuu...
Walaupun badan kau calar-balar, aku tetap simpan kau dalam kocek seluar depan...
Walaupun aku tahu jangka hayat kau sudah tidak lama, aku tetap jaga kau bagai menatang minyak yg penuh..
Walaupun banyak keypad crack, aku tetap tekan kau dengan sopan santun tali kecapi...

Even you're not around anymore, I'll never giving up on you...
I'll keep you safe in my drawer, and that's my promise.

Thursday, April 22, 2010

Last time I checked...


Are U serious?
Is this some kind of JOKE??
Saya tertipu...Saya tak boleh terima hakikat ini...
Penat saya menge-search kat website ni + memarketkan website MyLook.com ni kat FB...
Kononnya ada share la...Hujung bulan dapat dividen la...
So, ape cer sekarang?
Website dah kena tutup ke?
Hihihiiii


klik pada gambar untuk resolusi besor

Saturday, April 17, 2010

BINATANG

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan berita yang walaupun dah lapuk (cerita zaman Tok Lagho bak kate Wancik) tapi masih kekal dalam fikiran aku sampai hari ni. Aku tak boleh lupa.

Aku terbuka page "In Memory of Junko Furuta: The Girl Who Went through 44 days of Torture" di laman Facebook. (klik link ni untuk baca ye)

Ketor tangan aku masa scroll mouse nak baca kisah duka yang dialami gadis Jepun baru berusia 16 tahun (1989) ni. Aku tatau la kome dah pernah terbaca pasal kisah ni ke tak sebelum2 ni.

Bila dah baca tu, mmg rasa haunted. Tak boleh nak bayang keperitannya di seksa sebegitu teruk sekali. Tak de kata2 yang boleh menggambarkan seksanya diperlaku sebegitu.

Setelah membaca beratus-ratus Discussion perihal kes ni, apa yg aku boleh simpulkan dari pandangan aku lah, even that culprits or sonnababitches tu dipenjarakan balik or di-torture macam mana diorg torture Furuta, takde bezanya sebab bukannya boleh kembalikan Furuta pada family dia and obliquely, we're no different from them.

Jadi, sepatutnya sistem undang2 Jepun yang perlu diperbaiki lagi supaya boleh elakkan kes-kes macam ni berlaku lagi. Memang rasa sakit hati yang teramat bila pesalah tu di bebaskan lepas hukuman penjara 8 tahun (je).

Sekarang ni, aku rasa takut dengan persekitaran aku. Aku jadi lagi berwaspada dengan org sekeliling aku. Aku akan fikir dulu sebelum buat apa2 dan aku selalu berdoa supaya Allah S.W.T menjauhkan aku dari sebarang kecelakaan. Amin.

Thursday, April 15, 2010

Missing fun when get bored...

Esok cuti. Boring.
Lusa cuti. Boring.
Tulat kelas, hantar painting.
Tonggeng kelas, hantar ISL.
.........erkkk

lepas tonggeng ape ek?

Wednesday, April 14, 2010

MyLook.com - The new search engine.

Its a new search engine just like Google. Search and earn money. To join, click this link below. Its FREE.

For more info, www.mylook.com


http://mylook.com/join.php?x=93403

Saturday, April 3, 2010

Sunburn Melampau + Suara Serak Melampau = Memang Cambest!!!

Salam,

Today is the 2nd day since I get back from 4 days 3 nights BINA INSAN GURU (BIG) camp.

Ok. Sekarang aku nak listkan input yang aku dapat dari kem BIG tu.

1. Pengalaman
2. Pengalaman
3. Pengalaman
4. Sunburn
5. Sunburn
6. Sunburn
7. Hilang Suara
8. Hilang Suara
9. Selsema
10. Batuk Kahak


No. 1 - 3
Objektif BIG ni aku rasa tercapai la. Aku dah semakin menerima takdir aku yang akan jadi Cikgu satu hari nanti dengan hati yang terbuka. Tapi aku masih tak tahu cikgu jenis mana yang aku akan jadi. Cikgu mulut bising tapi kerja jalan ke? Cikgu mulut bising tapi kerja tak jalan ke? Cikgu pendiam tapi kerja jalan ke? Cikgu pendiam tapi kerja pun xjalan ke? Or cikgu kuli batak? Aku kena pilih jalan aku dari sekarang.


No. 4 - 6
Macam yang aku cakap tadi, hari ni dah hari ke dua lepas tamatnye BIG. Kulit muka dan tangan aku mmg disaster + horror. Mengelupas macam kena sopak. Nauzubillah. Dekat muka pulak tu. Selama aku pegi kem2 lain sebelum ni (eceh.. last time masa 2006) tak pernah seteruk ni sunburnnya. Aku jadi malu nak keluar dari bilik. Esok kuliah cam biasa. Ada assembly pula. (T_T") Nak tunggu elok balik bukannya sekejap. Atleast setahun boleh cerah balik mcm sebelum ni. Oleh kerana akulah org yang paling lambat nak cerah dalam dunia. Sebab tu lah memanjang gelap je. Ngeh!


No. 7 - 8
Aku mula hilang suara dari hari kedua kem. Suara aku bapak buruk bila serak. Macam suara bapuk pon ada. Aku jenis yang suka nyanyi bila dengar lagu kat winamp. Jadi aku paksa diri aku nyanyi gak even tak da suara. Rasa cam nak terkeluar anak tekak. Sampai hari ni tak de perkembangan baik pada kondisi suara bapuk aku ni. Ahhhh man......


No. 9
Alhamdullilah lah masa camping panas terik disulam dengan limpahan air hujan. Tapi yang tak bestnya selsemalah. Meleleh sana sini. Nasib baik tak terkantoi meleleh depan org. Ngahahaha...


No. 10
Yang ni memang aku paling tak suka. Kahak melekat kat dinding tekak memang membuahkan perasaan yang macam ******. Nak tidur pon tak senang. Terbatuk-batuk. Maaf lah pada sesiapa yang terkena jangkitan dari aku ye.


(>,<)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...