Sunday, December 6, 2009

Lagu Mana Ekkk?

Selamat pagi tengahari petang semua~

Sebenarnya aku try nak tukar layout blog aku ni tapi aku xreti. Sebab apa? Sebab sekarang ni aku pakai layout yang orang ramai pakai gak. Xsuka ar sama2 ni..aiceh...

Aku nak pakaikan blog aku ni layout yang stail2 sikit. Tapi aku xtahu nak buat macam mana dan nak cari dekat website apa. Aku pon bukannya hebat pasal kod html semua tu.

Jadi, sesapa yang tahu kat mana nak cari layout2 tu boleh la hit aku ye. Mekacih ^_^

Tuesday, November 24, 2009

Sekarang ni musim deroyan ke?

Mr.Os - Musim Deroyan


Aku tertanya2 kenapa banyak sangat durian kat rumah aku sekarang. Sekarang ni musim dia ke? huhuhu tapi sebelum tu....

Deroyan (dalam loghat perak) = Durian lah~

Hari2 aku dibelenggu dengan bau durian yang menusuk dada.

B'cos everybody in the house love eating durian but me.

Aku cuma suka dengar lagu Musim Deroyan je (sampai dah hafal lirik lagunya). Makan? Dont think so.

Jadi sekarang, aku nak challenge korang2 yang suka makan durian ni nyanyi lagu ni ikut loghat Mr.Os...Heeee ada bran ke?


Tuesday, November 17, 2009

4 years to go. and i'll be a teacher. ahaks

Seronoknya aku dah pon tamatkan 3 sem foundation dekat IPGM KSAH ni. Rasa macam sekejap sangat 3 sem tu berlalu (ayat klise).

Papepon aku berharap sangat aku tak perlu nak repeat mana2 paper sebab aku dah study sungguh2 sem ni. (Really??)

Gementar gak nak sambung degree tahun depan. Cos, semuanya makin susah, duit pon mesti banyak yang mengalir keluar (dengar cite elaun nak kena potong? hehe), cabaran nak berada dalam kelas & mengajo dan yang pastinya exam paper mesti lebih dari 4. Tapi insyallah, i will try my best. =)

Ok lah, malas nk tulis dah, nak sambung main cafe world kat fb.

Buhbye~~

Tuesday, October 13, 2009

EKSPRESI 21 was a brilliant success!



*Sigh….



Akhirnya berlangsung jugak projek bosaran kumpulan kami semester ni. Rasa lega sangat. Tapi 3 hari tu mcm xcukup je memandangkan sambutan orang ramai terhadap pameran ini sangat memberansangkan. Terima kasih kpd warga PPISMP F3G yang saling bkerjasama menjayakan pameran ni terutama sekali tutor2 kami, Puan Noridah & xlupa gak Puan Siti. Terima kasih juga buat semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan pameran (1st trial) kami ni sama ada secara langsung atau tidak langsung. Trimas y’all~



Aku memang xbajet langsung pameran kami ni akan didatangi oleh lebih dari 10 buah sekolah rendah dan menengah. Bravo buat AJK promosi (pika n ami) yang bertungkus lumut mempromote pameran ni. Hoho



Saturday, September 26, 2009

Biasa-biasa aje...



Bila orang tanya aku camne raya tahun ni. Jawapannye "biasa-biasa je..."

Sebabnya, raya tahun ni xsemeriah macam raya bila sedara mara aku berduyun-duyun balik beraya di rumahku. I really missed that moment when everybody gathering together on the eid eve. Main mercun, gossiping and all that stuff la. Even ruang tamu rumah tu pack mcm tin ikan sardin, tapi seronok la.

Tapi semua tu macam dah kureng sekarang sejak Opah dah xde ni.

On the other hand...

Nak kata kesian, xde la kesian sgt kot...

1st
frankly, aku xpernah merasa photoshoot family portrait kat memana kedai gambar or studio cam orang lain. Teringin tu mmg la teringin, tapi nak buat camne kan, xpernah ada kesempatan nak buat.

2nd
Aku xpernah merasa berjalan keliling kampung dibawah terik matahari dengan member2 then pergi rumah ntah sape2 semata-mata nak kutip $$$ raya. Sebab aku dilahirkan kat bandar tambahan pulak, taman yg aku diami tu, taman cina. Family aku je sebijik melayu. dong dong dong ceng~~

3rd
Family aku xpernah buat baju raya ikut tema. Tema purple ke, biru laut ke, kelabu taik kuda ke mcm family org lain...kenapa yek?


p/s-entry ni buat stok bosan2 jek. Untuk hilangkan stress buat assignment. Hiihihi bon voyage~~~~



abangku bwk balik 2 kotak mercun roket. Kami pon mainlah sampai lebam. (membazir betul la bakar $$$)



Monday, September 21, 2009

Berkatkah ilmunya?



Jika anda adalah seorang pensyarah, yang sepatutnya menjadi pendidik kepada pelajar2 anda, tapi anda sebaliknya diselubungi perasaan iri hati atau dengan bahasa kasarnya DENGKI terhadap pelajar anda dan tidak dapat menerima hakikat bahawa pelajar anda itu lebih bagus atau cemerlang (maybe?) dari anda dalam sesuatu perkara tu, adakah Allah akan menghalalkan gaji yang akan anda dapat setiap bulan?

Lebih2 lagi bila pekerjaan anda ialah MENDIDIK bakal guru yang seterusnya akan mendidik anak bangsa satu masa nanti. Adakah wajar anda terus berada di institusi ini?

Bagaimana anda nak mencorak pelajar2 anda sedangkan diri anda sendiri tak tercorak?

Anda sangat profesional dalam tugas anda sehinggakan boleh berlakon seperti takde apa yang berlaku, tapi jangan ingat kami buta...

*Aku sangat kecewa terhadapnya, tapi apakan daya aku...

Tuesday, September 15, 2009

Hantu udang wearing red kebaya commited suicide...



Sebenarnya aku nk cerita beberapa version cerita horrorrr (cewah) yg terjadi kat aku (or maybe kt org sekeliling aku)

Aku baru teringat nak tulis cerita2 ni lepas baca blog member aku, Chong just now...

Actually, mende ni jadi baru la jugak.. masa balik cuti mid-sem yang baru2 ni..


CERITA HORROR 1:
Satu malam tu (dekat hometown aku K.Kangsar + masa bulan puasa), aku smbil ditemani abang & adik lelaki ku keluar la nak pegi makan-makan jap. So sebelum tu, abang aku suh la aku bawak dia gi cucuk duit kat maybank dulu. Masa dlm kete nak kuar dari taman aku, tiba-tiba datang 1 bau busuk lebih kurang mcm bau udang busuk dalam kete..ktorang pon pelik ar asal ttiba ada bau udang busuk lam kete...
OTW nk ke town KK tu, ktorg sikit punya bising la membebel pasal bau udang tu, tapi ktorg xheran la sbb maybe bau tu disebabkan air udang yg tumpah dalam kete ke (sbb abah aku suka pancing udang)...tapi yg peliknya abah aku xgi memancing pon selama bulan puasa ni utk menambahkan kepelikkan ktorg. Tambahan pulak, malam tu jugak, sebelum kuar dgn dorang, aku ada drive kete tu sensorang pegi Guardian beli barang, tapi xde pulak bau pape...
Bila sampai je kat Maybank, abangku pon turun la pegi cuk wit...tinggal la aku dengan adik aku dalam kete...tak smpi 5 minit abang aku kuar, bau tu terus hilang...ntah ke mana?? Haisshhh... aku ngan adik aku pon gelak besar la sbb igtkan maybe abang aku yg bawak bau tu...bau kaki dia kot..hahaha ktorg pon tunggu la dia masuk balik lam kete...tapi bila dia masuk bau tu mmg dah xde...
Aku pon jadi semakin pelik ar...mana xnye?? bau udang busuk tu tetiba hilang?? Kalu tumpah atas seat kusyen or kat bonet mesti makan seminggu nak hilang bau tu...tapi kenapa boleh hilang sekelip mata je???? Tapi masa tu kan bulan puasa...xkan la ada setan ke hantu nk kacau ktorg...So aku assume maybe jin je kot...nak tumpang gi Maybank gak withdraw $$$ utk dikasi kepada anak2 peranakannya sebagai duit raya...

p/s - menurut Chong..masa tu, org cina tengah ada kan perayaan hantu lapar (betul ke perayaan?)...bunyinya lebih kurang cm tu la kot...huuuu seram siott...


Lapar mee udang kuala sepetang la pulak puasa2 ni...hooo


CERITA HORROR 2:
Berlaku dekat hometown aku jugak, KK. Jadi pon masa cuti mid-sem ritu. Sehari sebelum aku balik cuti. Ada sorang gadis cina commit suicide (terjun bangunan) dekat berek polis. Hadoyae...Tak pernah2 lagi aku dengar cerita orang bunuh diri kat KK... Maybe ni 1st case kot...Ceritanya mcm ni, gadis cina tu dah pergi beberapa tempat dah sebagai port nak melayangkan body dia di udara; bangunan majlis perbandaran, jambatan sayong...Kat KK ni xbyk bangunan tinggi, so senang la org nak perasan bila dia nk buat bungee jumping tu...Masa nak lompat kat jambatan sayong tu terkantoi lak ngan pak polisi..so polisi ni bwk la dia pg balai polis..ntah mcm mana la dia boleh terlepas n lari pergi berek polis then terjun dari tingkat 4...so tamat la riwayat dia kat situ dengan kepala yang bersepai kot? Huh....
Sebenarnya gadis tu lagi 2 minggu je nak kawin..tapi xtau la apa masalah dia smpi dia nekad bunuh diri..sayangnya umur dia baru je 20-an dah sampai ajal...

p/s - aku xberkesempatan lagi nak tgk video kematian gadis cina tu...ergghhhh mesti naik bulu roma la.



CERITA HORROR 3:
Yang ni pulak jadi kat rumate aku, peanut masa dekat SP, kedah. Dia ngan bofrennye gi la dating satu malam tu, masa dalam kete nak ke mana ntah, ttiba si peanut ni perasan ada gadis berkebaya merah pakai payung diri tepi jalan...peanut ni pon buat tatau la sbb dia igt ntah sape2 la kan...xlama lepas tu, satu hari membe ku yana lak bukak cite pasal hantu red kebaya yg pemes kat SP ni yg mengundang byk accident. Baru la peanut ni ttiba teringat pasal kejadian yg jadik kat dia tu...

p/s - projek kuar malam2 still on gak..hehe

tak pernah lagi tengok cite ni..besh ke?




Semua cite ni jadi bahan gossip masa dok lepak ngan Intan & Chong waktu balik cuti ritu la sambil makan2 kerang rebus kat restoran AFN...dah lama xjumpa, sekali bukak meja, dri kul 9mlm smpai kul 12 lebih baru abis citer (tu pon sebab dah xlarat nak makan kerang) terlepas la terawih aku mlm tu...
Astu baru la ketor paler aku nk drive sensorng balik rumah...asyik pandang cermin belakang je...takut punya pasal..hahaha



teringat plak zaman2 sekolah dulu...sekor2nye giler..haha



sekarang semua dah besau2...termasuklah susuk tubuhmu jugak intan..hahaha

Saturday, August 29, 2009

Saya sangat rajin dan xsuka menangguh kerja....


duh~
aku begitu berharap kalau pangai aku mcm tajuk entry ni....errkkkkkk

.......................................................................................................

boring2 cuti ni aku pon buat la 1 aktiviti yg aku rasa budak2 je suka buat...ngehehe..

aktiviti ape???

haaa...mereka avatar a.k.a mereka muka sendirik versi kartun...hua2..aku cukup gemor buat benda ni...tatau la kenapa...

tapi kan..nak cari muka yg agak sejibik dgn muka aku susah la...pegi la kat mana2 website avatar maker...susah nak cari..hehee muka 1 dlm 1000...hua2

avatar yg paling aku suka....avatar aku dlm the sims 3 ar...ehek..sama siot....dengan kerek2nye pon sama...xtahan~~

Kalu tingin nak mempoyoskan diri dgn mmbuat avatar2 yg bajetnya mcm muka korg..pegi la website ni;

faceyourmanga.com,
simpsonsmovie.com...

hoho sonok woo~~~





Yang ni comel...aku suka..ngehehe


Thursday, August 13, 2009

Wedding photographer part-time?

8 Ogos 09 yg lepas aku, mia, safwan n rusydan pgi la majlis akad nikah abangnye Annisa (classmate aku) selaku phtgrpher...

Majlisnye simple je tapi ok la dapat makan mi rebus... dah lama xmakan mi rebus.. yummy hehe

Ini 1st time aku jd wedding phtgrpher la bak kate org..hehe...dah la xpenah2..ttiba dpt request mintak tlg tgkp gambo kawin...tp xpe...aku cuba la even lens aku xsepanjang weddng phtgrpher lain...huhu

bak kate en.Z nak jadi wedding phtgrphr ni kena ada self confident yg tinggi...tapi aku rasa aku xcukup yakin lagi kot..hhuhuhu tunggu la aku beli 70-300mm dulu...

pape pon, aku nk ucapkan selamat pengantin baru kpd kedua mempelai (betul ke eja cmni?) kita ye...moga jodoh berpanjang..amin....





sempat agi nak nyelit2 kat sini...heee

Thursday, August 6, 2009

Macam-macamlah

Susah nak update blog sekarang sebab wi-fi maktab macam chipsmore je...

So, dapat peluang laaa ni baik aku mengupdatenya dulu sebelum server down lagi..hehe



Macam-macam benda dah berlaku kat aku dan aku lakukan buat baru-baru ni...


NO.1 - 28/7 Kena masuk ward 3 hari sebab gastric. Jadi bahan ujikaji doktor2 pelatih kat hospital sultan abdul halim. Dapat lak ward yang ada air-cond, makanan sedap (free lak tu), bilik air best gak, tapi doctor xde pon yg kacak2 then bosan tahap dewa....kui3x

Tak cukup sakit ke muka ku ni??


Wock uuu...


Makanan ospital lazat2 gak..rasa cm xnak balik maktab..ngahaha




NO.2 - 31/7 Pergi Alor Setar, perform teater utk Festival Teater Negeri Kedah 09 kat Taman Budaya. Watak sampingan je pon...jadi ar..ngehehe

blur ar...


ekekeke...



NO.3
- 5-6/8 Pergi A.S lagi n baru je balik, kembara seni visual. Naik bas shamisya (ntah la eja cmne), stay kat hotel samila, melawat sana sini seni n tetiba je jumpa abang aku masa nak breakfast tadi (kot la nak huloq seratus dua ke..hehehe)

Si pendek mesti berada di tengah ye...


Huhu skemanye posing..aleleley



NO.4 - 7/8 Pegi A.S lagik!!! adesss xde tempat lain ke?? Kali ni pegi majlis penutupan Festival Teater Kedah kat Taman Budaya lagi...


Persembahan tarian......errkkk...errmm (pinat ape dia nama tarian ni aku lupaaa la!!!??)


Preview teater bgsawan Mahsuri..cambest jek



Wednesday, July 22, 2009

Sedih

aku xbercadang nk tulis byk entry kali ni.

aku xtahu nak luah kat sape.

cukup la aku luahkan kat paint ni je...

i know it looks like a small matter, but it really affects me...



Thursday, July 16, 2009

Ketor Paler Nak Draw....



Pagi tadi kelas aku dgn jayanye (aheks) ambik bhgian dlm p’tandingan melukis anjuran MPSPK dkt taman jubli. Nak join p’tandingan ni free je so ktorg angkut satu kelas ar join. Wahaha ktorg dgn gahnye memakai baju gerko full nan tracktop then siap dtg ngan bus maktab, tapi ktorg bukan ade buat persiapan ape pon. Sbb sume org bz ngan keje lain. Masuk p’tandingan ni pon stok suka2 je hehe. So ktorg langsung xde meletakkan harapan yg tinggi la utk menang ke hape ke..

Temanye: Gambaran SP menjelang 2020. Ngahaha dgr tajuk pon aku dh xde modal nk lukis ape (dah la aku mmg xsuka melukis2 ni). Cadangnye nak buat kemusnahan la cam cite Terminator tu, tp takut kena saman lak nnt haha. Sume org cm kelam kabut je nk pikir idea nk lukis sbb baru minggu ni dpt tau psl ptandingan tu. Tapi aku lak bz dgn teater la, urusan JPP la n mcm2 keje lain la. Semalam sibuk buat video utk junior kt dewan. Balik2 bilik lam kul 12tgh mlm badan dah capek gila tambahan lak badan aku mmg sakit2 dah sbb jatuh main netball ritu (malunye)… so aku malas nak pikir dah, terus tarik selimut tido je.

Haaa smbung balik masa smpai kat taman jubli tadi..aku n dak2 kelas aku ngan muka kereknye pegi la daftar nama kt kaunter p’daftaran. Sume org usha pelik je. Bajet cm tere arh hagagaga…Aku sempat usha gak list name psertanya. Kategori B (utk student IPTA) yg ambik bhgian; ktorg, uitm, cosmopoint n ape ntah lagi..xpasan la sume.. adesss kalu dah dak uitm yg masuk, phm2 je la. Ganah2 sek tu..ahek

10 minit pertama dah stat melukis baru sampai idea aku. Bajet nak lukis stesen ketapi SP yg dah maju la. Sbb stesen ketapi tu je yg aku rasa xmaju2 lagik..ngehehe aku pon sketch2 sket. Astu buat la outline nan marker. Malas nak kaler sbb aku xsuka kaler. So lukisan aku cadangnye itam putih je la. Dlm 45 minit lepas aku lukisan aku dah siap. Rasa boring lak ada lagi sejam lebih. Aku pon kaler la ngan kaler pensel n crayon (bukan carry on tau hehe). Lagi kaler, lagi buruk lukisan aku. Hahaha aku naik fed up terus tinggal cm tu je. Malas dah haha.. Segan gak org ramai dok pusing2 tgk lukisan aku. Dah la buruk..muahaha astu aku tgk si choki (org yg paling semangat nak join mende ni) dah give up. Stengah jalan je lukisannye. Ape ke heynye yoep?? Dia moral down kot tgk lukisan dak2 sekolah yg gempak2 tu..hehe kidding je choki..

Tapi yg xtahan skali, ktorg xpat nk join mjlis penyampaian hadiah yg mane kompom xkan di kongker oleh ktorg sbb bus maktab dah sampai n drver bus tu nk hantar senior gi BIG lak kat jitra lepas tu. So ktorg kena balik awal la. Mesti org2 kat situ kata cm ni; “Aik, awainya balik? Takut xbley terima kenyataan ke??” or “Amboiii p’tandingan xabis lagi dah angkat bontot balik.. xberhemah betul!” or “diorg ni mmg poyo ar, tau la hebat. Xheran ke nak menang?” Ok2 statement yg ke-3 tu rasanye xkan diluahkan oleh sape2 kot..ha2

So, yg pasti ktorg xmembawa balik ape2 hadiah saguhati mahupun tempat ketiga, ini kan tempat pertama!! Kecuali cenderahati yg diberi oleh MPSPK. Tak kisah la, masuk pon sbb nk cari pengalaman. Kalu boleh menang tu kira bonus la. Pape pon p’tandingan mcm ni mmg bgus ye utk menarik minat anak2 muda kita dan mencungkil dan mengorek bakat2 dorg ni..

p/s- 1st prize – rm500, 2nd prize – rm300, 3rd prize – rm200 & consolation prize – rm100. (mmg worth la kalau menang..Tahniah kepada sape2 je yg menang ye)











Kalah xpe, semangat KSAH tu yg penting..Ngahaha









Bajet je ni...









Bila dah buntu xtau nk buat ape ni la jadi nye...









Haisshh yg ni mmg gerek la..guna teknik gurisan..stail ar bro









Yang ni pon stail gak..Guna marker je...Drawing cm ni la yg aku idam2kan nk buat tp xde sape nk ajau.. ala akak ni cover2 puleks..kasi la org snap karya akak yg cambest tu...









Jgn cuba nak tnye sape punya drawing ni... Mmg gerek antara yg gerek la wa ckp sama lu..ngahahaha.. dah siap ada org beli tu...xtahan...









Saje je tempek muka rumate aku ni sbb ada motion blur di situ...aceyyy!~







DITEGAH:

1. Bwk lembu makan rumput kat sini

2. Bwk kamben jalan2 kat sini

3. Parking harley davidson dan basikal tua ralley bersebelahan kat sini

4. Membawa masuk kereta tayar dua kat sini





&





DITEGAH:

En. Safwan Mahzin utk mengCOPY entry ini.



Thursday, July 9, 2009

Corel Draw X4 & Photoshop CS4 Bersekutu Nak Kenakan Kita

*Post kali ni adalah khas untuk guru2 pelatih F3G ye… Tapi kalu org lain nak baca pon apa salahnye.. Silalah ye

Kita sume tahukan bila masuknya semester 3 ni lebih byk assignment yg mencabar kesabaran dan mencengkam dada juga menjulingkan mata akan diberikan pada kita. Especially, subjek major kita la Pendidikan Seni. Dengar je PSV, bunyinye cam memecahkan kulit kacang then campak kacang tu masuk dlm mulut je. Tapi hakikatnya, bagai menunggu Q nak dptkan rawatan kat hospital kerajaan. Boleh byg x?

Buat masa ni dh nampak pressurenya subjek PS 2 kita la, GRAFIK. Homework 1st kena buat wajah menggunakan buah-buahan, 2nd lak kena design kertas pembalut arca eh?, 3rd lak kena buat lukisan perspektif guna corel draw. Aiyooo bagi yg xde basic buat lukisan perspektif mcm saye ni mmg agak berputaq la otak ni memikiaq. Yelah, kita mane ada amek LK kat skolah dulu. Tapi disbbkan saye agak suka buat lukisan perspektif, kiranya boleh catch-up la dan dibantu lak oleh cikgu LK kita, rusydante.

Astu timbul lak masalah dengan software Corel Draw tu. Ada sebilangan dari kita yg xbleyh nk guna software tu sbb install yg trial je. So keje jd tergendala la sbb tu. Dah la xberapa pandai nak buat lukisan yg perlukan imaginasi yg kuat, astu corel lak buat hal. Oleh sebab tu, saye tgk rakan2 ada yg dah give up nk buat keje tu. Jangan la mcm tu. Kita kena try dulu. Kalau pening tanye la orang yg tahu. Jangan la buat kerja separuh jalan, then rasa cm xley blah dah, tinggal cm tu je. Satu lagi, toksah la buat kerja semata-mata nak siap je (even buat keje tu last minute). Markah kerja2 ni sume la yg akan contribute utk pointer kita nnt. So jgn la buat keja mcm melepaskan kahak ditangga. Hakkktuiihhh!! (Saye pon pemalas gak kadang2 tu..hehe)

Hari ni kita diberi tugasan ke-4 lak, meniru logo USM guna Adobe Photoshop. Astu timbul lak satu lagi problem, sama gak cm corel td. Install yg trial je, so ada features yg xbley nk pakai. Ni sume sbb photoshop cs4 la..haha (nasib baik la pakai cs2, so xde prob la..)

So, apa yg saye nk kabor kat sini ye. Kita kenalah bantu membantu antara kita. Bagi yg dah tahu, ajorkan yg xtahu tu. Contohnye, cam saye tau la sikit2 pasal photography ni, so korg2 sume kalau xbrape nk paham psl setting aperture,speed or nk pinjam camera ke ape2 je la boley la tanye saye. Tade hal la kot..

N btw, get ready la utk assignment photography kita ye hik3… n 4 our upcoming art exhibition this Nov too. Harap2 la karya kita sume gempak2 k..GO GO F3G GO!!! (ape la ayt aku ni bercampur2 dah mcm somtam)

Zasssss~~~~



Sape nak rasa buah belimbing yang baunye seperti petai?? Ke bintang!~~









Kak Gee kata cam pizza...errkkk lapo...







Haaa garisan yg bercerangap tu hampir memuntahkan ku...









Logo dah siap diciplak, tapi xreti nk tukar warna jadi sama cam logo asal lak..haishh









Comey2 belako sek2 ni...heee (betui ka mia?) Huahahaa



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...