Friday, December 31, 2010

OMG B'day I sama dengan Hayley uolsssss

Oh yeah, kitorang dilahirkan pada 27 Disember. Detik paling bersejarah yayyy !

Cuma bezanya Hayley lahir awal 2 tahun dari I kalau tak kami jadi kembar lain warna dah. Bukan aje warna kulit malah warna rambut juga berbeza. Hohoho. 

Eh, tau ke Hayley mana yang aku tengah labonkan ni?? Hayley Williams (Paramore) la opcos, my sistah. Hahahhaa mesti Sae jeles!

Ekceli, I just came back from KL. Sampai-sampai terus bukak FB nak tengok wallposts orang wish selamat hari jadi la apa lagi. Dengan FB aje, u can get like hundreds of ppl wishing u Sun Yat Fai Lok! and wishing for your happiness and prosperity and longevity and bla bla bla.

For me, hadiah tak penting tapi hadiah berupa wang penting, yang penting orang-orang yang paling dekat dengan kita ingat hari jadi aku dan sanggup berjaga sampai pukul 12 tengah malam semata-mata nak wish b'day.

Trimas-daun-keladi-tahun-depan-wish-lagi kepada yang ingat b'day aku even aku tau FB yang ingatkan korang. Tak pe tak pe T_T~

Itu aje entri pasal b'day. Booooo dah la tulis lambat. Dah 30hb doblas la wey. Dah masuk angin dah b'day ko lolx. So what? who cares?? Canci aku umur aku dah cukup 20 ding ding! LMAO

Tuesday, December 21, 2010

^_^ (Senyum angkat kening)

Assalamualaikum yawll! 

Ingat tak hari tu (aiceceh statement bajet femes je) aku ada masuk itu contest bikin header untuk Cik Qila's blog : Story of My Life.

Dan inilah header yang aku buat tu...




So, header yang warnani ni dah menang oh yeah! Tapi menang tempat kedua la *facepalm*. But its ok, tempat kedua pon dapat hadiah jugak hehehe! Aku anggap itu hadiah birthday aku la sebab birthday aku just around the corner. Trimas Cik Qila and Eternity Hijab sebab pilih saye!

Aku interested nak join kontest ni bukan ape. Sebab hadiahnya ialah gypsy shawl. Aku tak pernah pakai/beli gypsy shawl ni. Sebab tu la bila ada peluang nak dapat free ni aku rembat cepat-cepat hohoho. Pathetic tak? Hehehe malangnya 1st place jatuh dekat seorang lelaki. Apekah *_* ???

Btw, nak ucap thanks jugak kepada cik itu gadis sebab promote contest ni, kalau tak aku tak tau hehe. OK lah, kalau nak tengok header lagi 4 orang pemenang tu lain sila klik sini.

Monday, December 20, 2010

As I expected.

Sem lepas banyak main jadi aku bersyukurlah dalam banyak-banyak main tu Allah permudahkan aku nak menjawab exam. Ditambah lagi doa dari mak dengan abah. Nak kata result gempak tak de pon. Biasalah bagi student yang sederhana macam aku ni. Can't expect higher la sebab setara itu je aku study, setara tu jelah aku dapat. Alhamdullilah atleast dapat naik 0.01 dari sem lepas XD lmao; 3.54 tapi yang pastinya subjek major aku yang PSV tu tak pernah dapat A+ siul. Aku sedih ar macam ni tsk tsk tsk...



***************************



FYI, dari 20 - 26 Disember ni bertempat di Balai Seni Lukis Negara (BSLN), sebuah art fest iaitu Rantai Art Festival 2010 yang bertemakan "Gravity" akan diadakan di sana. Ini first time Rantai buat dekat BSLN tak silap aku. Sebelum ni diorang buat dekat Red Bungalow sebelah KLCC tu every year. Tapi tahun ni buat dekat BSLN pulak. Aku expect gempak la kot this year.

Schedule hari Rabu 22nd December ada photography talk by Sue Anna Joe. Siot ar tak dapat pergi =(

Sape-sape yang free boleh la datang jenguk stuff artsy fartsy dekat sana. For more info visit here and here.



Sunday, December 19, 2010

Kenapa takut kucing?

Yeah, kenapa takut kucing? For me there's no reason for us to freak out when it comes to KUCING. I've stumbled upon a Facebook group call "Kami Takut Kucing (Felinophobia)" just now. Group for those yang takut kucing dan ada fobia pada kucing. Hahaha lawak pulak bila fikir balik, kenapa diorang takut dengan kucing yea. Kucing dah la comel, berbulu, tak makan orang lepas tu kucing boleh dipegang tak macam anjing hehehe. 

tak cukup comel lagi ke??

Felinophobia ni merupakan satu penyakit takut dengan kucing. Selain tu, dikenali juga sebagai Ailurophobia (sometimes spelled Elurophobia or Aelurophobia) kenapa susah sangat nak sebut??? Orang yang mengalami fobia kucing ni selalunya ada simptom macam ketakutan terlampau pada kucing sampai ada satu kes tu tak berani langsung keluar rumah sebab takut sangat kucing.

Menurut orang-orang takut kucing yang aku kenal, diorang kata diorang fobia dengan kucing sebab pengalaman kena kejar or cakor or kena geget or kena kencing dekat muka (hehe tak de lah) masa kecik kecik. Ada jugak yang geli kucing sebab geli tengok perut kucing. Haha ini sangat lulz. 

Aku ada seorang kawan, satu family dia takut giler kucing. Ada sekali tu, kucing masuk rumah diorang, mak dia, dia, kakak adik dia suma lari naik atas meja sebab tak berani nak halau kucing tu ROLF !! Lawak giler kot pesal la sampai cenggitu sekali. 

Nama saya Kitty Galore, menakutkan sangat ke saya??

Selain tu, ada jugak yang tak berani pegang kucing. Sebabnya, dari kecik mak abah tak pernah bagi bela kucing. Bila jumpa kucing tu macam jumpa badut. Tak berani dekat hehe (aku la tu). Tapi orang-orang yang macam ni, bila dia dah biasakan diri dia pegang kucing nanti dia tak takut dah la. 

Cuba korang baca ni...


Yup, memang ada sesetengah orang sengaja membuatkan kita benci dengan kucing melalui cerita-cerita yang kucing ni jahat. Instead, diorang sering bandingkan yang anjing baik & kucing jahat. Macam tak adilkan? Contohnya, cerita Cats vs. Dog (2010). Kucing yang jahatkan? Bukan aku nak kata aku tak suka anjing, cuma itulah ideologi sesetengah individu yang nak kita jadi tak suka kat kucing. Ini cuma pendapat aku, janganlah ada mana-mana pihak yang ter-offense pulak. 

Tak salah kalau takut dekat kucing. Cuma satu aje, setakut mana pon kita dengan kucing jangan sesekali seksa diorang. Kekadang tu sedih sangat dengar cerita ada dumbass simbah air panas dekat kucing sebab kucing tu curik lauk ke wsoever. Kucing kena potong semua tangan kaki lah sebab buat perangai. Dah nama pon binatang, kalau kita buat dia macam tu apa lebihnya kita daripada dia? Ada satu video tu, bitch mana tah pijak kucing dengan heels, aku tak sanggup nak tengok. Bagi aku, penderaan binatang tu sangat sangat tak boleh dimaafkan.
Pelik jugak aku ni, sebab kekadang tu bila aku tengok muvee, scene orang tengah perang sambil sorang tu tengah tunggang kuda, dia kena bunuh tak pe, jangan kuda dia mati jugak. Kalau kuda dia mati aku akan jadi emo gila-gila. Habis tu, aku ni tak berperikemanusiaan ke? Berperikebinatangan kot?

Nama saya Kitty Galore. Adakah saya sudah kurang menakutkan??

Friday, December 17, 2010

My 100th post

You read the questions, then type you answer into Google Images and then put one of the image representations on your blog. So, here goes....

Age on your next birthday?





Place I would like to visit?




Favorite place?




Favorite object?




Favorite food(s)?






Favorite color(s)?





Favorite animal?





Name of past pet?



Where I live?





1st Grade Teacher?



-_-'




Middle name?

Animal Shelter =)




Bad habit?

 easily get... 





College major?




Favorite holiday?




*yang ada (s) tu aku tambah sendiri je huhuhu.
 Wanna try? Copy and Paste la apa lagi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...