Wednesday, November 30, 2011

Tinky & Yoyo



Dua ekor kucing yang dapat permit duduk dalam rumah. Nampak tak persamaan depa dua ni?

Wednesday, November 23, 2011

Cat's eyeshine




Chotes
Yoyo

Pernah tak korang terpikir kenapa mata kucing bersinar bila kena flash macam gambar kat atas ni? In fact, kalau disuluh torch light ke arah mata dia time gelap2 mesti nampak cahaya terang keluar dari mata kucing tu. Tak payah susah2 minum Brands Innershine keh keh keh. Kalau manusia, mata kita bila terkena flash baru jadi effect red-eye, tapi kalau kita tengok direct light tak jadi pape kan. 

Aku teringin benar nak tahu kenapa mata kucing ni sangat spesel. Disebabkan aku kurang pandai, jadi aku mintak tolong Mr. Google tolong jelaskan benda ni. Dari penjelasan encik Wiki, sinaran mata tu terhasil dari satu lapisan tisu mata kebanyakan haiwan vertebrata iaitu *ehem2x* tapetum lucidum. Bunyi macam Heri Potter punye spells pon ada.

Kerja benda tapetum ni ialah, bila cahaya masuk ke mata, ia memantulkan semula cahaya tersebut ke retina dan pada masa yang sama mengeluarkan sinaran cahaya pada mata. Disebabkan benda ni la haiwan-haiwan macam kucing, hanjeng, atau haiwan2 nocturnal macam burung hantu boleh melihat dalam suasana yang kurang cahaya atau gelap.

Contohnya kucing la kan, kalau waktu malam2 tu, makin gelap suasana makin besor pupil dia terbukak. Dan makin besar pupil tu terbuka, kalau terkena cahaya, makin bersinarlah lagi mata kucing tu. Bestkan? Boleh jadi lampu suluh atau lampu liplap liplap.

Specialkan makhluk tuhan yang sekor ni?

K lah, Bai!

Monday, November 21, 2011

New atmosphere, next year.

Assalamualaikum. 

Hari ni hari ke 2 aku dekat rumah. 1 lagi semester dah berlalu dekat IPG (ade mak) KSAH? Hehehe... Final exam kali ni, aku tak mengharapkan ape2 la. Sebab aku tak nak keciwa macam sem lepas dah. Aku dah buat habis baik dan apa jua result yang keluar nanti aku terima dengan redha ja.

Baik. Next sem, aku dan tiga orang lagi tidak akan berada di hostel Kota Bukit Pinang dah kerana kami nak duduk rumah sewa yeayyyy!! Ape yang yeayyy nya? Duduk rumah sewa lagi makan duit ada la. Nasib baik la kami jumpa rumah yang agak berdekatan dengan maktab so jalan kaki pon bisa lah. Itu pon kalau aku rajin. Hahaha 

Sesi mengemas barang dekat hostel yang mengambik masa dalam satu hari suntuk memang super duper penat lah wa cakap lu. Mana tak nye, stok barang dua tahun bai selama duduk dekat hostel. Disebabkan awal tahun depan dah nak masuk rumah sewa, so cuti year end ni kena la bawak masuk semua barang ke rumah sewa. Nasib baik tuan rumah iaitu Akakkk Jolss sangat baik hati bagi kami masukkan barang tanpa caj selama sebulan. 

Ko nak tengok tak barang kami banyak mana?

Ini baru separuh barang aku yang baru dikemas, loker dengan rak kasut tak kemas lagi masa ni.


Ini pulak separuh dari barang kami berempat. 

Esoknye kami kena pindahkan semua barang2 ni dari maktab ke rumah sewa. Dengan pertolongan dari kengkawan yang ada kereta, kami berjaya pindahkan semua barang yang maha banyak ni dalam 2 trip la lebih kurang. Oh lupa nak bagi tau, 2 trip dan 3 buah kereta kami guna hari tu. Terkezottt Akakkk Jollssss tengok barang kami banyak gila. 

Selain tu, ktorg ada beli mesin basuh dari senior jugak. Almaklum le pemalas nak gonyoh baju guna tangan, terpaksa le beli sebijik mesin basuh. 

Rasa sedih la jugak nak pindah, rindu dekat bilik E116 nanti. Hostel yang paling best dalam maktab ni ialah Kota Bukit Pinang lah, dan bilik yang paling clean and neat antara semua ialah bilik kami heeee! 

Bilik aku suatu ketika dulu, sekarang dah jadi horror semacam je. Kesian sape2 yang dapat bilik ni tahun depan. Hihi


OK, ini pulak rumah sewa kami, bertemakan warna tema negeri jelapang padi; kuning dan hijau!!!!

Langsir semua cukup

Dapat sebijik meja, ok la tu
Ok itu aje, Bai!

Sunday, November 20, 2011

Puss in Boots


Puas aku tunggu bila puss nak posing cenggitu. Rupa2nya last2 baru ada. Awwwww cute sangat!!!! 

Saturday, November 19, 2011

mood spoiler



Dah terang2 salah kau, tapi masih lagi nak menangkan diri tu.

Kau rasa diri kau paling hebat dari orang lain. 

Takde sensitiviti terhadap perasaan orang lain.

Tak hormat orang. 

Cakap lepas. 




Thanks to you - for spoiling my mood today.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...