Monday, February 28, 2011

Oiyo gediks & cuti sekolah yipeeee!

Hai kowunk... Euw asal ko gedik sangat nak hai hai ni??? 

Wah, rasa sangat eksaited pulak nak tunggu cuti sekolah ni kalah budak sekolah. Tak sabo nak tunggu hari Khamis ni. Wa nak balik kampungggggg. Oiyo budak gediks dah memanggil-manggil ku pulang. Walaupun sebenarnye tak. Rindu Oiyooooo. Woi Oiyo, asal setiap kali aku telefon rumah aje tanya ko tengah buat apa mesti adik aku cakap ko tengah tidur. Ko tak de keje lain dah ke Oiyo?? Ko ingat rumah aku ni welfare ke ha?? Pegi la tolong mak aku sidai kain ke, perangat lauk ke. Kalau malas sangat pon, tolonglah jirus sendiri taik ko bila ko berak. Ni berak sampai 4 kali sehari sebab tak boleh makan makanan murah. Ko ngade ek Oiyo. Dah lupa diri ekkk.

kuat uk uk.

So planningnye cuti sekolah ni, hari Khamis balik rumah, hari Jumaat gerak KL, Sabtu gerak Janda Baik pergi hari keluarga, Ahad gerak Bentong (rumah Yana) dan menetap di sana selama seminggu untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Semoga plan yang dirancang berjalan lancarlah insyaa allah.

Oh bitidabeliu, cam ne dengan Oiyo nanti?? Orang semua pergi cari Janda Baik, dia kena tinggal sekor sekor la dekat rumah. Boleh ke Oiyo duduk sorang-sorang dalam rumah? Nanti momok datang cekik Oiyo cam ne?? Cian Oiyo kena tinggal wuuwuwuu.....

OK babai!

Sunday, February 27, 2011

Bercakap benda-benda yang lagha. Tak Baik.

Aku bosan. Eyy korang semua tido pesal??? Apesal aku tak ngantuk ni??? Selalunya aku join sekaki tidur ngan korang petang-petang macam ni. 

Perut aku sakit ah, asyik nak membuang aje. Hari ni dah dua kali aku qada' hajat. Eceh, baru dua kali pon nak kecoh. Mungkin sebab semalam makan kerabu sotong (tak sedap sotong lama), tomyam ayam (tawaq hebiaq), kangkung belacan (boleh lah), sotong goreng tepung (tepung yang mahal, bukan sotong) & telur bistik (boleh la..) sebab tu sakit perut ni. Dah la makanan tak sedap, mahal pulak tu (cis, aku menyumpah dalam hati).

Apesal aku suka Justify-kan (<- eh ini bukan justify, ini italic) karangan dalam blog aku ni ha?? Dah macam blog formal pulak. Padahal merapu je lebih. Eh, ikut suka ar. Aku suka tengok blog aku kemas je. Putih syahdu. Aku benci tengok blog-blog yang crowded tambah pulak dengan playlist lagu tak best yang tak jumpa butang pause. 

Aku tak puas hati betullah dengan ada satu kedai nasik ayam tu. Haritu aku dah banned kedai tu selama beberapa tahun gajah sebab kedai tu memang rebe. Nyampah aku. Tadi, for the 1st time since beberapa tahun gajah aku pergi makan kat kedai tu balik sebab semua kedai tak bukak. Aku dengan empat orang lagi tapau la nasik goreng ayam. Pergh, dah la balut guna paper je, selalu pakai polistrina. Suap-suap je, nasik belantah. Demm. Patah selera aku dan yang lain-lain. Ayam dah la sikit. Terpaksa aku gadaikan nasik goreng tu ke tong sampah. Kesian nasik, menangis-nangis dia mintak aku makan. I'm sorry, nasik. Aku tak boleh paksa diri aku lagi, nanti aku sakit perut. Ape lagi mekeme-mekeme, kite bakor je kedei tu, KITE BAKORR!!!

Bercakap pasal line "KITE BAKORRR!" ni teringat pulak cerita Kak Limah. Arem cerita tu memang serius lawak. Tapi, si Amy boleh kata cerita tu tak best. Hahaha tau la hang tak paham bahasa depa Amy. Sampai hati hang naaaaa. Ceq sebagai warga sejati negeri Perak berasa bangga dengan cerita arahan Mamat Khalid tu. Eh, silap loghat. Hal ini demikian kerane, awok memang suke dengor orang cakap Perok. Tamboh-tamboh lagi biler Pak Ude yang cakap. Tapi, ada gak sesetengah ayat dalam cerita tu yang aku sendiri sebagai orang Perak sejati pon tak paham. Ngahaha.....

Sementara itu, di sini saya ingin memperingatkan diri saya sendiri bahawa ada kerja penting yang perlu saya siapkan selain dari menulis entri yang tak penting ni. Jadi, saya ingin kembali ke jalan yang benar sekarang dan meng-google mana-mana website yang boleh membatu saya mencari maklumat pasal assignment saya ni. Sekian, trimas.



**Jika anda sudah membaca sehingga ke perenggan ini tanpa men-skip mana-mana perenggan, SEKALUNG TAHNIAH saya ucapkan kepada anda kerana sanggup membuang masa membaca cerita lagha saya ni. Sekian, trimas sekali lagi. 


Tuesday, February 22, 2011

Scrabble

Sempena English Language Campaign IPG KSAH ni, aku dan norasikin jais telah terpaksa mengambik bahagian dalam salah satu pertandingan yang budak-budak TESL ni anjurkan iaitu SCRABBLE sebab budak-budak kelas aku semua taknak masuk. Watafuk is scrabble btw? Dah lama aku tak main benda ni. Last time rasanya masa sekolah rendah giler. Itu pon guna scrabble versi B. Melayu iaitu Sahibba. Lolx

Dah la tak terer english, terpaksa pulak masuk competition yang opkos la ramai tesl-ian je yang masuk. Tak ke dah gerenti tempah tiket untuk kalah tak gitu? Well, walaupun LOSER tu dah kompom tapi ada IPG K-SAH?? Hahaha....nape aku gelak aku pon tak tau la...

So tadi pergi la main scrabble. Orang suruh cek list name untuk cari group, aku pon cek lah. OK. OK. Fine..... Opponent aku tiga-tiga tesl. Aku sorang je yang REJECTED TESL. OK. Tak pe. Chill chill.

So si juri untuk group aku ni pon bebel-bebel la pasal rules and regulations game ni. Aku tak berapa nak paham sangat tapi aku buat-buat paham la sambil angguk-angguk kepala gaya fokus. ROFL!! Pastu dia cakap pulak perkataan-perkataan yang tak dibenarkan dalam game ni. Ape tah nama dia.. per...pree....preppp... Hah, screw dat! Aku tak paham jugak maksud dia apa. Nak tanye cam segan je so biaq pi lah ngahahaha...

Main punya main...group lain semua dah setel tinggal group aku and satu lagi group tak habis-habis lagi. Tension aku lama-lama nih. Dengan si Blackie nye merayau-rayau dekat Ruang Legar tu buatkan aku tak fokus. Bila game dah tamat, oh leganya.....It takes forever tau nak habiskan game tu X_X. Juri pon kira la markah. Akak tesl UPSI dapat 150, junior tesl dapat 102, sorang lagi junior tesl dapat 100. Aku pulak dapat 112.

Hah...ok la tu....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hohhhh btw, aku baru tukar header blog aku. Gambar lembu. Comel tak???? Euw. Takmau la letak gambar aku dah dekat header sebab rasa macam mencapub pulak ngahahaha. Kali ni punya header memang tangkap muat aje. Cropping pon macam hampeh. Pastu......hurmm........tak tau nak tulis apa dah.....Bye!

Sunday, February 20, 2011

The most loyal and loving dog; Hachiko.


"Just looking for a heart like mine."

Huaaaa tolongggg....aku nak habiskan tengok cerita Hachi: A Dog's Tale starring my father in-law Richard Gere tu. Tengah mellow-mellow layan cerita tu sambil menitik-nitik ayaq mata tiba-tiba poooppp cerita tak habis donlod. Sentap siot. Sampai termimpi-mimpikan Hachi. Wuuuuuuu. Lepas tengok cerita yang tak habis tu tertido kejap. Lepas tu mimpi Hachi tido dekat sebelah. Bangun-bangun je tengok-tengok Blackie rupanye (sambil meletakkan kedua tangan ke bahu dan mata pandang ke atas -_-').

Ni semua Akma Liyana punye pasal tak habis donlod muvee tu. Hahaha Akma sampai hati awak. Waaaaaa. Saye baru nak nangis-nangis tengok Hachi tunggu tuan dia sampai 7 tahun dekat railway station tu sebab terlampau setia sangat dekat my father in-law walaupun dia tau my father in-law dah mati.

Aku ada terbaca la dekat mana tah. Orang tu tulis "Cuba letak isteri dan anjing bersama-sama anda dalam bonet kereta selama sejam. Lepas sejam bukak bonet kereta dan anda tengok sape yang paling happy bila nampak anda."

Kalau boleh rate filem ni (even baru separuh jalan tengok), aku akan bagi 5 bintang untuk anjing yang pegang character Hachi kerana penat dan lelah dia menjiwai watak Hachi. Give it up to Hachi!!!!!

Anyonyooo cian cangat ia cejukkk.....

**Disebabkan aku panggil Blackie, Eikie. Selepas tengok cerita ni aku rasa macam nak panggil dia Eikichi lah. Hehehe hal ini kerana ye....

 Blackie = Eikie
Eikie + Hachi = Eikichi 
Eikichi = Eikichi Onizuka
Eikichi Onizuka =


KACAK <3 <3

Saturday, February 19, 2011

Cara meluangkan masa di hujung minggu yang kebosanan

Hujung minggu ni bosan-bosan pergi la jalan-jalan pusing-pusing Penang. Euww Penang ke?? tak sampai pulau pon, pusing-pusing Seberang Prai je. Lebih tepat lagi pusing-pusing Sunwayh Carnival & JeJayh S.Prai je. Then lepak-lepak tangkap gambar dekat Pantai Bersih (port klise budak-budak baik macam kami *,*) malamnye pulak tengok wayang. The Mechanic starring my ex-bf Jason Statham *wink* a.k.a The Transporter yang tak la kacak sangat tapi slllrrrpppp. Weh aku promote kat korang cite ni memang best. Even, masa awal-awal tu aku agak mengantuk tapi ending dia memang stailo gila (kenapa ending je yang stailo??).

Ekceli aku teringin nak pergi 1st Avenue, Penang. Tempat tu baru lagi kan. Teringin pergi sebab ada kedai lomo dekat situ. Satu lagi sebab ada Red Box Karaoke hehehe nak ajak geng-geng kaki kaberet iaitu Mei Chong, Intan Idris dan Wan Met la pergi berlatih vokal dekat situ. Lama gila kot tak karaok, dah sakit-sakit tekak dah ni. Haha tak de kena mengena.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...