Friday, January 18, 2013

Street Art of Georgetown

Salam.

Selalunya kalau dulu pergi Penang dengan kawan2 jarang la pergi area Georgetown. Maksud aku area pekan tu sendiri. Kalau pergi pon, pergi area Gurney, Komtar macam tu je. Haha sebabnya sekor2 buta jalan. Noob gila rasanya. Hari tu plan nak pergi Bukit Bendera siap print map lagi bajet boleh membantulah, last2 sesat lepas tu give up pergi Queensbay je sebab itulah tempat yang paling senang nak ingat jalan. 

Tapi kali ini, dengan adanya bantuan GPS, kami mampu mengubah segalanya. Ktorang bersemangat nih nak cari lukisan jalanan kat area Georgetown. Benda tu dah lama dah ada kat situ sejak awal 2012 lagi. Tapi, nak perginya tak sempat sampai dah terkopek dan makan dek hari dah catnya. Tempatnya mudah je nak cari, tak payah pakai gps pon boleh. Tapi noob punya pasal, so kenalah pakai jugak.

Dah lah. Malas nak tulis. Layan je gambar2 nih


Yang dah terkopek catnya ni namanya Children on Boat. Faktor cuaca la yang menyebabkan cat dia tanggal. Aku malas nak upload gambar full dia, korang nak tengok sila google hahaha.

Penat jugak lah berjalan sepetang tu. Berfeluh keti mak haha. Macam main explorace pun ada. Tapi memang seronok. Worth the penat lelah lah boleh cakap. 

Artis yang lukis semua mural ni ada sorang je. Nama dia Ernest Zacharevic sorang warga Lithuania. Nak kenal sila google sendiri.

Kalau nak pergi, meh sini ceq habaq mai lokasinya. Mural ni ada merata2 so korang kena berjalan sikit lah. Elok lah pergi time petang sebab kalau tak nak jadi nigga. Drive je ke arah Georgetown, haa tempat dia dekat area jeti feri. Dekat area Shell dekat2 dengan jeti tu. Paham ke idak? Tak paham pandai2 la google maps ke tanya orang2 dekat situ hahahaha. Nampak beno tak ikhlasnye bagi tunjuk arah ;P

Haaa ni aku nak suggest. Tempat yang paling aku rasa awesome ialah dekat Jetty Chew. Lokasi mural Children on Boat tadi. Dekat tepi pantai. Aku tak pernah tahu yang dekat penang ada perkampungan atas jeti macam tu. Lokasinya..... alaaahhh pandai2 la ko cari hohooho.

Ok. Yang seterusnya ni semua gambar posing ktorg je. 



Entrance Chew Jetty



Haa kat sini Chew Jetty. Belakang tu mural Children on Boat.



Yang terbaru sekali dekat sana. Ada public sculpture lagi uolssss. Baru je bubuh taun lepas kot. Sama jugak la dengan mural2 sekelian alam tu, arca2 tu pon ada berselerak dekat area pekan Georgetown tu. Pandai2lah uols cari hehehe. 





Motif harimau bertahi lalat sebesar gajah??
Disebabkan badan tak fit lalu pancit dan tak larat nak melangkah lagi mencari semua arca dan mural, kami pon stop lah. 

K itu je nak cerita. 

Bai! 




Saturday, January 12, 2013

Sadis. Memang sadis.

Blog aku dah jadi macam apa dah ni.

80% dari gambar dalam blog ni dah lesap, hilang macam tu je.

Aku rasa maybe sebab lepas aku tukar email yang link dengan blogger jadi setiap gambar yang diuplod via email tu lesap.

Aku kecewa. Sampai takde mood nak menaip dah. Even tiada sapa yang nak baca blog aku.

Nak delete semua post tu rasa macam sayang, nak upload semula gambar rasa malas pulak haha bukan ada orang baca pon.

Dah.

Salam.

Sunday, November 11, 2012

Kisah pandang sebelah mata

Tersebutlah kisah seekor kucing yang bernama Ompok.

Ompok ni dia ada 4 ekor adik beradik termasuk dia. Dalam empat2 masa kecik2 dulu, Ompok ni paling burok sebab dia takde bulu. Memang kulit semata-mata dan hanya ada bulu2 halus je. Lepas tu terjojol la telinga dia dan kepala dia yang menampakkan dirinya seperti Brain dalam cite Pinky and the Brain huahuahua... Disebabkan itu dia dipandang sebelah mata saja oleh tuan2 dia yang berat sebelah nih. 


OMPOK BUROOOOKKKK IQ RENDAHHH

Oleh kerana IQnya hanya sebanyak IQ seekor burung unta, dia tak reti nak selamatkan diri time hujan dan biar diri basah kuyup, Ompok telah dipinggirkan oleh ibunya dan juga tuannya yang tak berhati perut. Tapi, Ompok seorang budak baik. Dia pandai main dan tak pernah gigit atau cakor tangan tuan dia tak macam adik2 dia yang lain. 

Tapi semua itu tak diendahkan oleh tuan2 dia. Tuannya asyik belai adik2nya saja sebab geli nak pegang badan dia yang tak berbulu tu. 

Tak lama lepas tu, Ompok semakin meningkat dewasa. Dengan kuasa Allah, tanpa dijangka bulu Ompok telah tumbuh semula. Sehari demi sehari, bulunya kian lebat dan kembang seperti memakai produk rambut yang dutanya Jackie Chan, Syampu Bawang. Bahkan, Ompok punye bulu lagi kembang dari adik2 dia. 

WAHHH OMPOK BERBULULAH!!

GAMBAR VINTAJ OMPOK DALAM INSTAGRAM

Tuan2nya yang berat sebelah  sangat terkejut dengan perubahan yang dialami oleh Ompok. Seperti dalam cerita The Swan. Bulu Ompok kini bukan saja kembang, malah lembut dan sangat best bila dapat meletakkan perut dia yang gebu itu di muka. Tuan2 dia apa lagi, terus memberi status Permanent Citizen kepada Ompok untuk keluar masuk sesuka hati ke dalam rumah hohoho. 

Untuk membalas jasa tuan2nya yang berat sebelah, Ompok sekali sekala meninggalkan sisa pepejal dan liquidnya di atas katil, atau di sekitar ruang tamu rumah namun tuan2nya tak sampai hati nak marah sebab Ompok pandai buat muka comel.

Sekarang Ompok telah menjadi kucing kesayangan dan tuan2nya yang berat sebelah masih lagi tidak berubah dan hanya mencari kucing comel saja untuk diajak bermain di dalam rumah. 

TAMAT

Monday, October 22, 2012

Wahlaww! Instax leather shoulder bag

Hoho comel sangat!! Me laikayh aummmmaummmm!



Haruslah koi save link ini buat masa sekarang kerana koi tak cukup ongkos nak beli beg ni. Hahaha. Insyallah tahun depan ya koi beli. Tolong la jangan habis stok hihiii.



Klik link ni kalau nak riki riki

Friday, October 19, 2012

JPSV Annual Dinner 2012

Salam. 

Fuhhhh lama gila la koi tak menulis kat sini. Dekat maktab memang tak de kesempatan la nak update pape kat blog ni even tiada siapa kisah aku update ke tak. Bizi kot habis2 praktikum je semua assignment dateline dalam minggu yg sama. Dengan nak kena handle dua pameran, annual dinner lah sampai rumah sewa pon tak terkemas. Dah macam reban pon ada tak de gaya rumah anak dara langsung. 

Whatever it is... Itu semua dah berlalu. Dan event yang last kelas aku kena handle ialah JPSV annual dinner. Kiranya dinner tu lah penghilang stress setelah siap semua assignment dan amali/pameran. 

Bertempat di Swiss Inn Sg. Petani dan bertemakan The Magical Fairy tales kami pon bergaya sakan la bajet macam dalam kisah dongeng dalam dan luar negara. Muahahaha tapi nampaknya yang bergaya sakan hanyalah sek sek muda mudi ni. Yang geng agak berumur kebanyakkannya cuma mengenakan baju kurung dan kemeja saja. Tapi tak pe lah, walaupun kerna terpaksa, mereka hadir jugak ke dinner ni so tak kisah la yang tu =)

Walaupun majlis agak kelam kabut, tapi alhamdullillah semuanya berjalan mengikut apa yang telah dirancang. Cuma rasa kecewa sikit sebab kami terlupa nak remind tetamu paling penting iaitu Ketua Jabatan PSV kami pasal majlis ni dan disebabkan itu KJ terlewat sikit hadir. Tapi dia tetap hadir jugak dengan rileksnya terus bagi ucapan panjang lebar, memang salute la. 


Ahaksss.. Ada rupa ka? Boleh la... 
Baju aku tu semua aku rolling je. Takde yang mahal mahal mahupun yang direka khas. Almaklum le tengah krisis duit sikit sekarang =P



Hercules@Sparwan & Megara



From left (kalau tak silap hehe) : Black Queen, Thumbelina, Alice in Wonderland, Megara of Hercules, Snow White, Rapunzel, Red Riding Hood, Regina of Once Upon a Time, Barnabas Collins, Princess Siti hihi, Princess Ida hoho, Rapunzel of India, Ariel, Fairy, Dracula, Hercules, Peter Piper (FUHHH!!! Penat menaip nama pelik2 nih)



heehuuuuu <3



Senior yang dirai malam tu





 Group photo haruslah ada. Satu kewajipan tu hehehe.. 


OK lah. Tamatnya dinner ni tamatlah jugak agenda aku sepanjang semester 6 nih. Sekarang ni kena pulun study je kat rumah sebab final koi 2 minggu lagi je. Apadia? Pulun study kat rumah? Wujudkah aktiviti tersebut?? Hahahaha... terpaksa la wujudkan jugak dalam list rutin harian selama study week nih sebab bukak2 cuti terus exam.

Kthanksbye!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...