Sunday, September 19, 2010

The gloomy side of Broga Hill


Sebelum ni aku tak pernah tengok gambar-gambar di Broga pada waktu mendung cos its always sunny in Broga (keh keh keh). Semalam aku rasa sendiri macam mana pengalaman meredah hutan & turun bukit masa hujan. Seriously menakutkan, penat, sejuk, sampai ketaq-ketaq lutut aku turun bukit tu. Dengan air hujan yang mencurah-curah membasahi seluruh tubuh serta beg kamera aku. Aiseh men, tak saspek pon akan hujan hari tu.  


Posing dekat signboard Bukit Broga dengan muka eksaited sebelum naik. Siap bawak hot milo McD naik atas sebab tak sempat nak beli air mineral. Sebabkan milo tu lah aku sebu-sebu perut masa kat atas. Boikot McD sekarang jugak.


Tambah sikit Fade effect supaya nampak cam dalam filem.


Just make it work work, make it work.


Posing ala-ala tangkap dengan fish-eye. 


Walaweyh hujan sudaaaa....Lenjun2....


Dahaga weh aku tengok teh tarik ni. Serius.


Happy gila muka. Padahal dah pancit macam ke hape dah. 


Penat mak wuuuu....


OK, di kesempatan ini saya nak mengucapkan ribuan trimas kepada penyeponsor trip ini, Kak Yu dan Abg Min. 


Juga trimas kepada cik sayecukehati kerana tak lupa nak menginvite saya sekali ke Broga. Trimaceh!!



Disebabkan cuaca tak berapa baik, tak banyak gambar yang dapat di rakam. So sad but its OK. Next time insyaallah pergi lagi. Kita pergi ramai-ramai ok?

Tuesday, September 14, 2010

Rindu Tinky




Masih belum berjumpa pengganti kamu. =|

Tuesday, September 7, 2010

Good Morning and Selamat Hari-hari!

Pagi ni lepas sahur wa tak tido tuuu...Satu pencapaian yang baik!

Dekat sini (rumah WanChor) ada sekor kucing parsi. Nama dia Tony. Marc Anthony nama penuhnya. Tapi Anthony Bourdain pon OK gak. Tony Jaa pon boleh jalan gak.

Si Tony ni masyaallah gemuk debab gila. Dah la penyek. Macam tak percaya umur dia baru 5-6 bulan. Kuat makan dan playful nak mampos.

Disebabkan dia ni tak berhenti-henti main dan tak pernah duduk diam, jadi gambar yang wa tangkap pon jadi blur. Hangen je. -_-'





Ngeee tengok tu, kalau badan diam, ekor pulak tak diam.

Sunday, September 5, 2010

Kudos buat cikgu Fatimah!

Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu!!

OK. Semua sila simpan buku teks bawah meja dan tongkat dagu, agak-agak macam nak terlentok sila cepat-cepat cover. Hari ni cikgu Fatty nak bercerita sikit. Bukan bercerita tentang sikit, tapi bercerita sikit.

Cikgu dekat Cheras sekarang ni. Baru balik dari Batu Pahat semalam.

Ali: Cikgu buat ape kat Cheras n B.P cikgu???

Cikgu buat PBS dekat B.P. Nama sekolah dirahsiakan. Cheras umah makcik cikgu. Cikgu nak bershopping dekat KL ujung minggu ni. Jeles tak Ali?

Abu: Jadi jadi jadi, seronok tak cikgu?? Adakah tak seronok seperti yang digambarkan dalam entri cikgu yang terdahulu?

Wah...power ayat awak ni Abu, cikgu bangga. OK. Meh cikgu cerita pasal PBS cikgu yang terbaru ni. Dengar ya (dalam nada Safwan Mahzin Al-Besari).......

Hari Pertama
       Sampai sekolah dalam pukul 7.15pagi cikgu terus pergi assembly. Assembly hari tu lama jugak ar. Sampai ada budak yang terceri-beri sebab tak tahan sangat lama beno kena diri. Makan sahur pedas sangat agaknya. Bukan aje budak yang tak tahan, cikgu pon rasa ketor lutut sebab dah lama tak berdiri lama segitu. Tapi cikgu cover je. Maintain juga even dah berfeluh-feluh cayaq mekap.

        Sambutan cikgu-cikgu dekat sekolah tu baik beno. Ramah-ramah mesra gitu yaw. Cikgunya tak ramai pon, dalam 20 lebih je kot. Iye ke? Ntah la cikgu Fatty pon tak ingat. Sesungguhnya sekolah tu adalah sekolah yang muridnya tak berapa nak ramai. Bukan kurang murid ye. Setiap tahun ada 1 kelas sahaja. Jadi, semua sekali ada 6 kelas. Haaa senang nak ngajo gitu.

        Bangunan nye pula ada 1 saja dan 2 tingkat. Fuhhh lagi senang kerja cikgu, tak de la berfeluh-feluh panjat tangga.

Ah Pek: Cikgu cikgu kenapa cikgu malas sangat???? 

Amboi-amboi kamu ni, suka-suka je kata cikgu malas. Cikgu bukannya malas, cikgu tak rarat. Puasa kan. Kamu tak puasa mana kamu tahu.


Hari Ketiga
Ahmad: Nape tiba-tiba hari ketiga cikgu? Mana hari kedua???

Sebab hari kedua tu cuti la Mat. Merdeka. Kamu tak sedar ke? Dah teruk dah kamu ni. Ish ish ish....

        Hari ketiga tu cikgu masuk kelas tahun 4. Cikgu ajar budak-budak buat aktiviti mencorak. Hasilnya sungguh memberansangkan. Cikgu bangga. Cikgu ajar diorang main chess jugak tau. Biasalah cikgu kan ahli kelab chess. Perlulah turunkan ilmu kepada orang lain.

         Oh btw hari tu cikgu dapat kad raya tau. Ada la budak tahun 2 bagi. Alololo comey sangat. Cikgu dah nampak dia dengan kawan dia intai-intai dari tingkap bilik guru, pastu sengih-sengih masuk dalam terus jumpa cikgu. Dia tanya "Assalamualaikum cikgu, Puan Fatimah yang mana satu?" Dalam hati cikgu berkata-kata, Puan Fatimah? Ada cikgu dekat sini nama Puan Fatimah ke? Tapi kenapa dia tanya? Dia tak kenal ke Puan Fatimah yang mana satu? Erkkk ohh rupa-rupanya Puan Fatimah tu cikgu Fatty la. "Haa sayalah." Cikgu jawab setelah sekian lama budak tu menunggu. "Sape bagi ni?" Cikgu tanya. "Saye lah." jawabnya. "Ohh ok-ok. Terima kasih. =)" kata cikgu. Budak yang bernama Juliana tu pon beredar dengan senyuman. Aiceh. Hihi. 

Isi kadnya begini....
        "Assalamualaikum cikgu Fatimah. Selamat berkenalan. Saya Nurul Juliana binti Azri. Saya pelajar murid tahun Dua Mulia." (OK. Sedikit pembetulan, jika dah gunakan pelajar, tak perlu la tambah murid.)
        "Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, tolong balas." (Inilah ayat cliche bagi budak-budak sekolah rendah bila kasi surat dekat sape-sape. Cikgu pon macam itu juga dolu-dolu ^_^)

        Cikgu sungguh terharu. 1st sebab cikgu dapat kad raya dari budak yang selama ni cikgu tak pernah dapat. 2nd sebab ayat dia memang bagus. Tatabahasa ok. Penggunaan huruf besar pon bagus. Cikgu masa darjah dua kena masuk kelas pemulihan sebab lembab sangat. T_T


Hari Keempat
         Cikgu pakai baju ceklat haritu. Cikgu masuk kelas tahun 3 buat aktiviti menggambar. Tajuknya "Keluarga Saya" Tapi kebanyakan budak-budak lukis rumah instead of keluarga dia. Mungkin arahan cikgu tak betul. Tapi tak pe. Semua diterima. Semua cantik-cantik.


Hari Kelima
        Hari tu cikgu pakai baju hitam pulak. Setiap hari Jumaat sekolah tersebut akan adakan bacaan Yassin. Tapi hari tu pihak sekolah jalankan Majlis Khatam Al-Quran untuk bebudak tahun 6. 

        Disebabkan hari tu hari terakhir cikgu berPBS, semua kerja disetelkan pada hari tu. Tangkap gambar dengan Guru Besar segala. Oh btw, guru besarnya sangat sempoi. Cikgu suka. Sebelum kami berangkat pulang, dia siap tunggu dan lambai kat kami sampai la kami keluar pagar. Huuu cikgu terharu untuk kali kedua.


______________________________|||||________________________________



Kesimpulannya, PBS kali ni sangat best. Unexpected. Tak macam yang cikgu bayangkan sebelum pergi ke sekolah tu. Jika diberi peluang kedua buat PBS di situ, memang cikgu akan terima. =D

Itu saja. Terima kasih. Cikgu out dulu!

Alhamdullilah dan terima kasih cikgu!!


Hari pertama cikgu Fatty pakai baju hijau. Cikgu sukalah papan hitam, olskool gitu.


Hari kedua cikgu pakai baju kaler biru dan bername tag.


Cikgu tengah ajar budak-budak buat corak tak terancang. Arifnya muka cikgu. ;-]


Ni yang cikgu punya. Macam lembu terbang tak? Cakap ye cepat.



Ini yang tengah dijemur. Belum ditambah rupa.
Katak dalam kolam serta berudu yang berenang-renang.


 Aladdin yang baik dan Jin yang jahat. Cikgu tanya tuan punya karya kat mana Aladdinnya. Dia kata Aladdin dah kena makan dengan Jin. Oh patut la tajuknya begitu.


Dua ekor ikan kap. Cikgu buatkan satu, satu lagi tuan punya karya buat. Cikgu rasa dia buat lagi cantik dari cikgu punya.  =\


Happy Crab. Seekor ketam dari sudut pandangan depan. Say cheeeesee


Twin Butterfly. Yang ni belum siap lagi. Yang dah siap lagi cantik.




Bahagianya muka cikgu tengok kamu semua main catur. Cikgu bukan reti pon sebenarnya. 



 Inilah rakan-rakan se-onar-an cikgu. Muka nak suci je. Wawawawa

Wednesday, August 25, 2010

Awak tau tak sape Blackie Lawless?


Beberapa hari yang lepas aku ada tulis entri pasal pet aku, kucing hitam yang aku beri nama Blackie Lawless. Suka-suki je aku bagi dia nama tu. Padahal maksud & dari mana datang nama tu aku sendiri pon tak tau. 

Yang aku tau, nama Blackie Lawless tu bro-bro aku bagi dekat kucing kami masa zaman hingusan aku.

Ropa-ropanya, Blackie Lawless tu sebenarnya adalah seorang gitaris band heavy metal AMAREKA (Amerika), W.A.S.P. Bukan K.W.S.P tau. Yela, aku kan wanita melayu terakhir, mana layan genre besi berat ni. Aku layan lagu Celine Dion tak pon M. Nasir je.

Oh btw, W.A.S.P tu awak tau tak maksudnya apa? Ianya akronim bagi "We Are Sexual Perverts" atau "We Are Sexual Prophets". Macam harem tak? Patut la perangai kucing aku tu tak semenggah semacam je. Dah terkena badi si Blackie Lawless sebenar rupanya. Isk isk isk...


Blackie Lawless. Sekali tengok macam kacak. Dua kali tengok macam Heidi Klum pun ada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...