Friday, August 20, 2010

Sebuah cerita tentang seekor kucing hitam

       Pada suatu hari, saya lalu di depan bilik lecturer untuk ambik parcel dekat kaunter pelajar. Tiba2 saya terdengar suara sekor anak kucing memiow2kan diri. Saya carilah dari mana datangnya. Rupa2nya dari sebuah kotak yang diletakkan di bawah terik matahari di hadapan bilik lecturer. Dalam kotak tu ada sekor anak kucing. Warnanya hitam. Hitam legam macam buntot kuali bak kata Wancik. Dia menjerit2 mintak tolong. Saya pon kata, “keciannye kamu takot sangat sampai terkencing…sape la yang tengin sangat letak kamu tengah2 panas ni?”

Oleh sebab nama tengah saya (yg dibubuh sendiri) adalah “Animal Shelter”, saya pon bawak baliklah anak kucing ke kelas. Kawan2 semua tak heran dah sebab saya memang macam ni. Lepas habis kelas, saya seludup anak kucing yang diselubungi urine-nya sendiri tu dalam bag saya. Bawak balik hostel. 

Nasib anak kucing yang saya bagi nama Blackie Lawless tu memang baik. Sebabnya, ada la sekor ibu kucing nama dia Bubu yang beranak kecik. Jadi, tanpa kebenaran Bubu saya lantik dia jadi ibu tumpangan kepada Blackie. Blackie memang tak pemalu kucingnya (orangnya), cepat betul dia mesra dengan Bubu dan anak2nya Wuzzy & Fuzzy. Sampai kadang2 tu, Blackie sorang je yang pulun nenen (hisap susu) Bubu. Notty betul. Hihi. Oh ya, mula2 saya dan kawan2 ingat Blackie betina. Rupa2nya dia jantan. Jantina sebenar dia hanya diperasan setelah sekian lama dia berada dengan kami.

Tak lama lepas tu, Blackie Lawless pon meningkat dewasa. Dia jadi semakin notty. Mana yang dilarang, lagilah dia nak buat. Antara tindakan2 terlarang/tak patut/tak betul/merosakkan/tak baik untuk kesihatan/ntah pape/meloyakan/berbau/menggelikan hati dan etc. yang Blackie buat ialah:-
  • Tak nak kongsi susu. Tepis orang lain dengan paw hitam dia. 
  • Buat bising macam dia sorang je yang ada kat dunia ni. 
  • Minta makan tanpa rasa bersalah dan berkali2 tanpa jemu.
  • Kejar ekor sendiri.
  • Kencing merata.
  • Berkomunikasi dengan cicak, kupu2 dan manusia yang mana dia sorang je paham apa yang dia cakap.
  • Landing/baring dekat tempat yang tak sepatutnya. E.g. rak kasut, kain yang baru dilipat, kain yang baru dibasuh, tengah2 jalan.
  • Camouflage di tempat yang sewarna dengan dia supaya orang tak perasan kehadiran dia. 
  • Terjah masuk bilik orang dan buat bising juga bergerak sampai orang rasa menyampah. 
  • Tak kenal erti duduk diam.
  • Main2 dengan barang yang tak sepatutnya. E.g. Semakkan barang2 bawah katil orang & tarik kain lap kaki. 
            Disebabkan perangai super-annoying dia tu, saya selalu menghamburkan perkataan2 yang tak sepatutnya pada dia. Contohnya:-
  • "Anak pungut"
  • "Tak sedar diri"
  • "Kecik2 tak nak mati, besar2 menyusahkan orang"
  • "Udah2lah tu, bawak2lah tobat Blacky..."
  • "Dah lah hitam, hitam pulak tu"
  • "Kucing giler"
  • "Blackie!!"
  • "Blackie!!!"
  • "Blackaahhhyyyyyhhh!!!!"
           Tapi, dalam retarded2 Blackie tu, ada juga kebaikannya. Masa Bubu kena kurap, dia yang jilatkan kurap Bubu. Dia selalu tolong jilatkan kepala Bubu. Tanpa dia, terasa boring dunia ni. Disebabkan kenakalan dia la yang buatkan saya rasa gembira dan geli hati sampai kadang2 tu rasa nak hentak kepala kat dinding. 

           Kesimpulannya, Blackie memang comel. Bulu dia memang tak comel sebab 1 warna je. Dull pulak tu (takmau la kata hitam dah...) Dia comel sebab perangai dia. Hahaha!! (terasa nak gelak pulak)




 7/3/2010 - Makan sorang. Tak main la kongsi2.




7/3/2010 - Terpaksa kongsi tapi adik beradik (anak kandung Bubu) lain semua kena tepis dan tembi yang bertubi2.



8/8/2010 - Camouflage dekat baju hitam. Bajet orang tak perasan.


10/8/2010 - Korek lubang yang sangat besar untuk berak. Hehe tipu je. Sebenarnya tengah main sorok2 dengan adik angkat dia, Kentoi (juga anak angkat Bubu)

Thursday, August 12, 2010

Alahai Kek Batik....


Sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, aku tiba2 mengidam nak makan kek batik. Aku suka betul kek batik. Tak tau la kenapa. Tapi ek, cam ne kek batik boleh dapat nama kek batik?  Nak kata rupanya macam batik, tak nampak pon macam batik. Batik tie and dye? Lagilah takde.

Lupakan je soalan tersebut. Petang tadi aku pergilah pasar ramadan, tiba2 ternampak satu gerai ni jual kek batik. Aku tengok kek batik dia cam unbest je. Tapi, disebabkan terlampau craving, aku beli jugak lah. Dahlah 4 ketul RM2. Makan2 je lepas buka pose (hehe), pfffttt... Memang tak sedap.

Aku pernah sekali je makan kek batik yang paling sedap. Member aku, Linda buat. Pandai betul dia buat. Aku pon cuba2lah nak buat juga. Tapi harem, 3 kali aku try, tak pernah menjadi. Tak jadi batu batik, jadi bubur batik. Kek batik? NEVER. End up-nya, aku sorang je yang habiskan 1 tray. Kuang ajaq betul semua orang tak nak makan. Takpe2. Aku frust. Tak mau buat dah sampai bila2.

Tolonglah sape2 bagitau sukatan yang paling betul nak buat kek batik. Sebab aku memang FAIL. Orang kata bukan susah pon nak buat kek batik. Aku je yang LEM. Lembab kuasa 5. 

Jika anda terbaca entri ini wahai Linda, silalah poskan kek batik anda yang sedap tu untuk saya. TQ. 


Kek batik. Lagi terliur tengok ini dari cupcake. Ngeee

Friday, July 23, 2010

Aku bergadai nyawa setiap hari.

Maktab aku terletak betul-betul di tepi jalan. Jalan besar. Dekat depan maktab di sebarang jalan ada gerai-gerai makan. Jadi, setiap hari guru-guru pelatih akan pergi makan dekat gerai-gerai tu. Pengguna2 jalan raya yang bawak kereta, motor, lori, bus etc selalu saja pecut atas jalan tu sebab jalan tu jalan terus je. Apa la ayat aku ni.  Oleh itu, ianya boleh bahayakan pejalan kaki iaitu aku dan orang-orang lain.

Untuk mengelakkan kemalangan dan menyenangkan pejalan kaki iaitu kami guru2 pelatih ni melintas jalan, traffic light pon dibubuh la dekat situ. Traffic light tu khas untuk pejalan kaki melintas. Bukan untuk kenderaan. Jadi, bila pejalan kaki tekan butang dekat lampu tu, lampu untuk pejalan kaki melintas terus bertukar hijau dan kereta pon berhenti. 

Tapi, ianya tidaklah seselamat itu. Masalah lain pulak timbul sebab manusia ni memang susah nak ikut peraturan. Terutamanya penunggang motosikal. Kadang2 tu belum hijau lagi lampu, dorang dah jalan dulu. Pastu, tiba2 ada orang melintas lagi. Memang naya lah. Udah terlanggar orang. Hari tu ada sorang budak perempuan India kena langgar dengan motor masa nak melintas. Nasib baik kena sikit je. Tak de lah jadi apa-apa. 

Disebabkan traffic light tu untuk pejalan kaki, kenderaan2 yang nak keluar-masuk maktab kenalah pandai2 sendiri keluar-masuk. Yang ni pon boleh mengundang bahaya jugak sebab kereta2 banyak yang laju, jadi susah nak keluar-masuk. Dah banyak kali jadi eksiden disebabkan ni. Yang jadi depan mata aku pon ada gak. Terbaru, tadi pukul 11.30mlm. Kakak member aku eksiden depan traffic light tu. Remuk belakang Nissan Cefiro dia. Nasib baik dia dengan kawan2 dia tak cedera.

Setiap hari aku akan pegi makan dekat gerai depan maktab macam yang aku cakap tadi. Hangin betul aku bila lampu melintas dah hijau, kereta & motor tak reti2 nak berhenti. Kadang2 tu lagi pecut sebab malas nak berhenti. Yang nak berhenti tu pulak brek mengejut. Menakutkan tau x?? Rasa cam nak cakap F**KKK!! & angkat middle finger pon ada. Tapi tak boleh la pulak, kang ada yang kata cikgu2 ni tak senonoh. Jadi aku bersabar je la sambil menyumpah2 secara perlahan.

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ni? Takkan nak biar ada orang mati dulu baru nak ambil tindakan. Tapi, tindakan apakah yang nak diambil? Letak speedtrap dekat2 traffic light tu, sape laju je kena saman. Haa padan muka. Tak pun letak line2 kuning jangan lebih 30km/jam. Or bina jejantas utk pejalan kaki. Wahaha ok gak tu. Erkk tak payah la bina jejantas, nanti kena panjat tangga pulak, penat.

Atau, pihak maktab sila sediakan insurans nyawa untuk guru pelatih bukan saja dalam kawasan maktab, juga di traffic light dekat depan maktab. Sebab, sape je lah yang nak eksiden dalam maktab, dekat traffic light tu kebarangkalian untuk eksiden lagi tinggi. ;-) 

Cara lainnya, pengguna jalan raya tu sendiri kena sedarlah. Dah tahu jalan tu ramai penjalan kaki nak lintas, pandai2lah slow2 kan kereta tu. Nak kejar apa nye bawak laju2? Takde larinya TESCO ke Village Mall tu.


Wukuku penat aku melukis plan jalan ni tau. Hehe tiga kereta tu je aku bubuh tayar, yang lain tu malas dah nak bubuh tayar. So, ini lah keadaannya lebih-kurang. Memang bizi jalan ni. Oleh itu, pandulah dengan berhemah. Sekian.


 

Friday, July 16, 2010

Kipas susah mati si lipas.




Itulah sebab terbesar kenapa aku benci betul lipas. Lipas memang tak boleh di pupuskan. Makin membiak ada la. Lipas tinggal kat rumah yang kotor je. Anda silap. Lipas pon boleh ada dekat rumah2 bersih dan dekat dalam dinding. Tapi, kebarangkalian lipas nak membesarkan empayar dia kat rumah yang tak bersih tinggi la ye sebab banyak stok makanan.

Lipas ni serangga pengotor. Saje la nak bagi tahu. 

Aku serius benci lipas sebab lipas punya hemolymph. Bila kena ketuk, penyek, gelek, picit, gigit dan lain-lain serangan kamikaze, lipas akan keluarkan fluid putih. Yucks geli nak mampos (sambil menjebikkan mulut).

Aku serius benci lipas sebab lipas selalu hinggap dekat makanan. Kalau kita tau makanan tu dah kena hinggap dengan lipas, tak pe. Boleh buang je. Kalau tak tau? Kalau masa kita makan laksa yang dalam kuah laksa tu ada lipas macam mana? 

Aku serius benci lipas sebab lipas busuk. Aku tak suka bau lipas. Aku tak suka bila aku terhidu bau lipas dekat pakaian. 

Aku serius benci lipas sebab lipas boleh terbang. Dah la hinggap merata-rata. Lepas tu bila dah cuak nak lari takut terkena serangan kamikaze, cepat2 tebar sayap terbang. Terbang lak tu kena muka aku. Memang aku hangin 1 badan la. Bodoh punya lipas.

Aku serius benci lipas sebab lepas putus kepala pon tak mati2. Liat betul nyawa. Fuhhh....

Aku serius benci lipas sebab aku benci fakta yang mengatakan di Kemboja orang makan lipas goreng. Serious s**t! Tapi bagus la dari diorang makan kucing. 

Aku serius benci lipas sebab nama dia adalah LIPAS titik noktah



Marilah kita membanteras lipas-lipas sucks dude ini!

Sunday, July 11, 2010

"Apa teruk pegang anjing?"

Aku tak pergi kuliah pagi ni, aku pergi hospital. Ada appointment dokter. Tapi dokter takde. So, orang yang jaga kaunter SOPD tu bagi tarikh appointment lain. Lepas tu aku pergi breakfast kat kafe hospital dan baca surat khabar UTUSAN. Hah! Kafe Hospital Sultan Abdul Halim memang wajib pergi setiap kali pergi hospital tu. Soto Ayam dia sangat best!! Arrrrrr

Oh btw, newspaper tu member aku Ekin yang beli, dia kata nak beli dekat ko-op, katanya murah RM1.70 je. Kalau beli kat hospital nanti mahal. Jadi dia belilah dekat ko-op. Tapi, dia terlupa yang hari ni hari Ahad. Jadi harga paper ialah RM2.00. Haha. Ko paham tak apa yang aku nak sampaikan ni???

Ok2. Berbalik kepada tajuk entri ni. Aku baca la Pancaindera, bahagian paling disukai ramai & bahagian yang akan dibuka dulu semasa membaca surat khabar. Aku tertariklah dengan halaman "bukannakkata" muka surat 18 Pancaindera. Ada sorang pembaca ni dia sampaikan rasa tak puas hati dia pada tulisan Pancaindera sebelum ni tentang artis Melayu (Islam kot?) pegang hanjing. Kata-kata dia berbunyi begini...

"Apa yang teruk sangat dia pegang anjing? Adakah kerana dia artis maka jadi isu? Dia cuma nak menunjukkan belas kasihan terhadap haiwan yang juga dicipta oleh-Nya. Penulis terus kutuk Baby, sedangkan ajaran Islam tidak pernah melarang hambanya bersikap kejam terhadap haiwan meskipun anjing. Bagaimana pula dengan polis menggunakan anjing untuk menyiasat. Adakah ia haram? Nampak sangat penulis tak arif agama. Kalau itu haram, haram lagi penulis yang suka buat fitnah cerita artis. PETA, K.Lumpur"


Komen aku:-
     Apakah kejahilan tahap dewata ini??? Apa yang kau maksudkan dengan "tunjukkan belas kasihan terhadap haiwan"?? Apa dah tak de alasan lain ke kau nak back-up dia? Banyak lagi cara nak tunjuk belas kasihan even terhadap anjing pon. Tak semestinya kena peluk cium tatang dulu baru orang tahu yang kita kesian kat binatang.

      Bercakap pasal hukum. Tapi, kau tau hukum tak? Memanglah pegang anjing tak berdosa. Tapi lepas pegang, mesti samak. Kau rasa artis tu samak ke lepas dia peluk anjing tu? Aku rasa tak. Polis yang gunakan anjing tu rata-ratanya bukan orang Islam. Kalau orang Islam pon, diorang akan samak juga lepas tu. Wallahualam lah. 

P/s-kenapa Pancaindera nak siarkan komen dia ni? Erkkk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...